Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump adakan jamuan iftar pertama di Rumah Putih

Jun 7, 2018 | 11:46 AM
IFTAR PERTAMA: Encik Trump memberi ucapan kepada tetamu di majlis jamuan iftar di Rumah Putih pada 7 Jun.
IFTAR PERTAMA: Encik Trump memberi ucapan kepada tetamu di majlis jamuan iftar di Rumah Putih pada 7 Jun. - AFP/JIM WATSON

WASHINGTON: Donald Trump mengadakan jamuan iftar pertama sebagai presiden Amerika Syarikat di Rumah Putih pada 7 Jun, yang dihadiri kededua tetamu Muslim dan bukan Muslim.

Encik Trump, yang sebelum ini melibatkan dirinya dalam perbincangan anti-Muslim, mengadakan jamuan itu di Dewan Makan Negara.

Beliau tidak mengadakan jamuan itu tahun lalu - pada tahun pertama beliau mendukung jawatan presiden - mematahkan tradisi yang dimulakan dan diteruskan oleh presiden-presiden sebelumnya.

Jutaan Muslim serata dunia menyambut Ramadan dengan berpuasa selama sebulan, sehingga 14 Jun ini. Mereka berpuasa - tidak makan atau minum - dari saat matahari terbit hingga matahari terbenam.

Lebih 50 tetamu menghadiri jamuan di Rumah Putih itu. Encik Trump berkongsi meja utama dengan Duta Arab Saudi Putera Khalid Ben Salman dan Duta Jordan Dina Kawar.

Tetamu lain terdiri daripada duta dari negara seperti Amiriha Arab Bersatu, Mesir, Tunisia, Iraw, Qatar, Bahrain, Maghribi, Algeria dan Libya.

"Kepada anda semua, dan Muslim di serata dunia, Ramadan Mubarak," kata Encik Trump.

"Malam ini, kami mengucapkan terima kasih ke atas jalinan persahabatan dan kerjasama yang diperbaharui dengan rakan kongsi amat dihargai dari seluruh Timur Tengah," kata Trump lagi.

Jamuan iftar, sebelum ini, adalah acara tetap dalam jadual acara Rumah Putih, seiring dengan upacara sarapan dan berdor, Passover Seders dan acara keagamaan lain yang serupa.

Sebelum ini, beberapa kumpulan Muslim Amerika telah berkata bahawa mereka tidak akan menyertai jamuan iftar di Rumah Putih itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg