Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tulang belakang atlet triatlon Choo Ling Er retak dek nahas jalan raya

Dec 28, 2023 | 3:38 PM
NASIB MALANG: Dalam satu hantaran yang dikongsi di laman sosial Instagram, atlet triatlon Singapura, Choo Ling Er, berkata beliau dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta ketika berbasikal untuk bertemu teman-temannya pada 25 Disember.
NASIB MALANG: Dalam satu hantaran yang dikongsi di laman sosial Instagram, atlet triatlon Singapura, Choo Ling Er, berkata beliau dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta ketika berbasikal untuk bertemu teman-temannya pada 25 Disember. - Foto fail

Sambutan Krismas atlet triatlon Singapura, Choo Ling Er, tidak seperti yang dijangka. 

Semasa berbasikal untuk bertemu rakan-rakannya pada 25 Disember, Choo, 36 tahun, terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Simei Avenue sekitar 5.10 pagi. 

Menurut kisah yang dikongsi beliau di laman sosial Instagram, Choo dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta, menyebabkan tulang belakangnya retak.

Namun, kesakitan fizikal buka cabaran paling sukar buat Choo.

Sebaliknya kesedihan beliau adalah untuk tempoh sebulan dua ini, Choo tidak dapat mengendong anak perempuannya, Kira, yang berusia satu setengah tahun.

Ini kerana beliau dinasihatkan supaya tidak mengangkat barang berat buat sementara waktu. 

“Krismas ini saya hanya ingin memeluk Kira lagi,” tulis Choo di laman Instagramnya.

Namun, beliau yakin setiap rintangan merupakan satu landasan untuk menuju ke arah pencapaian lebih besar.

Menurut The Straits Times, suami Choo, Alan Soh, 35 tahun, terkejut dengan kejadian itu. 

Selepas menerima panggilan daripada Choo, beliau bergegas ke tempat kejadian dan apabila tiba, pemandu terlibat dalam nahas itu sedang memberi bantuan kepada Choo. 

Soh mengakui kemalangan itu memberi kesan besar terhadap keadaan psikologi Choo.

“Sebagai seorang atlet bertaraf dunia dan amat kompetitif, sukar bagi Choo jika tidak dapat menjalani latihan rutinnya,” kata beliau.

Choo, yang sepatutnya berangkat ke Orlando, Amerika Syarikat, pada 28 Disember untuk menyertai Maraton Walt Disney World, dihantar ke Hospital Besar Changi (CGH) dan dibenarkan pulang pada 26 Disember. 

Pada awalnya Choo diberitahu doktor bahawa beliau harus menjalani pembedahan, tetapi selepas mendapatkan pendapat kedua daripada doktor lain, beliau memilih langkah lebih konservatif terlebih dahulu.

“Tulang belakang adalah struktur yang sangat halus. Melakukan pembedahan pada tulang belakang akan meningkatkan risiko dan memerlukan tempoh pemulihan lebih panjang,” ujar Soh.

Beliau berkata Choo dalam keadaan baik sebelum kemalangan itu, dengan prestasi lariannya menunjukkan peningkatan ketara dalam separuh kedua 2023.

Ini berikutan cabaran yang dihadapinya untuk kembali ke arena sukan selepas melahirkan pada Mei 2022.

Sekarang Choo boleh bergerak dan telah berjalan di sekeliling rumahnya sejak pulang dari CGH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg