Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ubah ruang biasa jadi ‘istana’ mewah

Aug 9, 2024 | 5:30 AM
Cik Nurhana Abdul Ghani teruja dengan dapur barunya yang menonjolkan rekaan mewah dengan gabungan warna eksklusif seperti hitam dan perang kekuning-kuningan.
Cik Nurhana Abdul Ghani teruja dengan dapur barunya yang menonjolkan rekaan mewah dengan gabungan warna eksklusif seperti hitam dan perang kekuning-kuningan. - Foto MSR INTERIOR DESIGN.

Percaya atau tidak, sebenarnya ruang biasa di rumah anda boleh diubah menjadi sebuah kediaman yang memukau!

Inilah pengalaman indah yang dialami dua pelanggan firma reka bentuk hiasan dalaman (ID), MSR Interior Design,

Cik Nurhana Abdul Ghani, 40 tahun, berhasrat mendapatkan hiasan dalaman yang memberi penekanan terhadap rekaan praktikal, tahan lama dan mesra keluarga.

Beliau berkata: “Saya impikan dekorasi ruang tamu berwarna gelap bersama gabungan warna hitam dan perang kekuning-kuningan, yang boleh menyatukan keluarga ketika menonton televisyen. Hasil rekaan MSR Interior Design ringkas, tetapi memberi kesan besar untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, yang saya tidak alami pengalaman tersebut di rumah sebelum ini.”

“Bercakap tentang proses transformasi rumah pula, saya juga bersedia dengan sebarang cabaran atau penangguhan. Tetapi tidak sangka, pengurusan MSR Interior Design sangat cekap, apabila pengubahsuaian selesai lebih awal daripada jangkaan. Ia sangat mengejutkan melihat segala-galanya sudah siap, pada saat saya benar-benar memerlukan.”

Turut gembira dengan kepakaran MSR Interior Design ialah Cik Syazwani Ridzwan, 35 tahun. Beliau menjelaskan, syarikat itu berkemahiran mengatasi cabaran dalam flat lama atau reka bentuk yang kompleks.

Beliau berkata ketika menerima kunci rumah jualan semula yang berusia 41 tahun ini, beliau mendapati rekaan rumah tersebut adalah rekaan ‘original’ yang tidak disentuh, sejak pembinaan asalnya.

Melihat kepada potensi ruang itu, beliau mengadakan perbincangan bersama MSR Interior Design untuk mengubah rekaan yang agak ketinggalan zaman itu.

Akhirnya, Cik Syazwani memperolehi hasil menakjubkan melalui perbincangan bersama MSR Interior Design, yang jelas tentang kos, alternatif dan potensi cabaran.

“Antara ciri menonjol ialah kekemasan laluan pantri (dapur), yang dibina daripada tapak bilik stor sahaja. Malah, almari bilik tidur saya sangat indah dengan elemen cermin panjang, rak penyimpanan pintu kaca dan rak solekan. Perincian hujung kabinet yang melengkung, juga memberi sentuhan elegan dan keselamatan.

“Pereka hiasan dalaman MSR Interior Design sangat berkebolehan. Mereka mahir menilai potensi kelemahan dan jangkaan realistik untuk menjadikan hasrat saya sebagai kenyataan. Mereka memastikan bajet saya dikekalkan, sambil menawarkan pilihan tambahan, yang tidak menjejaskan mutu,” ujar Cik Syazwani lagi.

Lungsuri https://www.msrinteriordesign.com atau hubungi talian 6717-5578 atau 9778-1234 untuk pertanyaan dan mengubah dekorasi rumah anda pada hari ini!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg