Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Undang-undang bagi pastikan taraf badan sijil halal asing setanding standard halal Muis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Undang-undang bagi pastikan taraf badan sijil halal asing setanding standard halal Muis

Badan asing akan dikena penilaian rapi sebelum diiktiraf, dan audit serta pemantauan dalam tempoh pengiktirafan: Masagos
Feb 05, 2024 | 08:55 PM



Satu rangka kerja undang-undang akan ditetapkan bagi mengiktiraf Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) yang mempunyai piawaian pensijilan setanding dengan piawaian Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Ini bagi membolehkan Muis meningkatkan rangka kerja pengiktirafannya bagi FHCB, sebagai sebahagian usahanya menyediakan sistem pensijilan halal telus, praktikal dan bermutu tinggi. 

Ia juga dijangka memberi lebih jaminan kepada pelanggan Muslim dan peniaga apabila membeli produk halal yang diimport.

Rangka kerja undang-undang itu sebahagian daripada pindaan dalam Rang Undang-Undang Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) yang dibahaskan di Parlimen pada 5 Februari.

Seramai tujuh Anggota Parlimen (AP) dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) menyatakan sokongan terhadap pindaan itu.

AP Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Manap, turut menyumbang kepada perbahasan tersebut dan menyuarakan sokongan parti pembangkang itu terhadap pindaan tersebut.

NMP Dr Syed Harun Alhabsyi bertanya apakah perlindungan dan tahap pengawasan Muis ke atas FHCB untuk memastikan mereka mengekalkan piawaian pensijilan halal di luar negara.

Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) pula bertanya apakah pertimbangan Muis sebelum memutuskan memberi pengiktirafan atau tidak kepada badan pensijilan halal asing.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata sebelum diberi pengiktirafan, FHCB akan dikenakan penilaian rapi bagi memastikan standard mereka setaraf dengan standard halal Muis.

“FHCB juga perlu menjalani latihan dan penilaian wajib untuk memastikan mereka memenuhi standard dan keperluan halal Singapura.

“Semasa tempoh pengiktirafan tiga tahun mereka, FHCB ini akan terus diletakkan di bawah rejim audit dan pemantauan Muis. FHCB yang gagal mematuhi keperluan ini boleh digantung atau dikeluarkan daripada senarai pengiktirafan Muis dan produk mereka tidak boleh digunakan di dalam syarikat yang mempunyai pengesahan halal Muis,” ujar Encik Masagos.

NMP Dr Razwana Begum Abdul Rahim mengetengahkan kepentingan mendidik pengguna tentang kehalalan produk.

Bersetuju, Encik Masagos berkata ini membolehkan pengguna membuat keputusan termaklum tentang produk halal.

Buat masa ini, pengguna boleh merujuk laman web Muis bagi senarai FHCB yang diiktiraf

Isu kesahihan produk halal dari luar negara mendapat perhatian pada 2023 dan Encik Masagos, dalam jawapan bertulis kepada soalan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) semasa sidang Parlimen ketika itu, berkata Muis akan mengukuhkan kawal selia FHCB.

Dalam jawapannya ketika itu, Encik Masagos mengatakan penggunaan sijil halal luar negara yang diiktiraf di Singapura melalui skim pengenalan FHCB akan diselaraskan dan denda akan dikenakan jika berlaku sebarang penyalahgunaan tanda atau sijil FHCB.

Pada 2023, pengimport makanan berlesen Yocorn Food Enterprise Pte Ltd menjual itik salai menggunakan label halal palsu di premis makanan dan minuman yang mempunyai sijil halal Muis.

Syarikat itu dan pengarahnya Wang Lijun masing-masing didenda $35,000 dan $20,000. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >