Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Undang-undang tahan pesalah jenayah seksual, keganasan serius lebih lama dilulus

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Undang-undang tahan pesalah jenayah seksual, keganasan serius lebih lama dilulus

Feb 05, 2024 | 08:39 PM



Pesalah berbahaya yang melakukan kesalahan ganas dan seksual serius, dan dinilai berpotensi melakukan kesalahan semula serta menimbulkan risiko kepada orang ramai, akan menghadapi hukuman penjara lebih berat berikutan undang-undang baru yang diluluskan di Parlimen pada 5 Februari.

Di bawah undang-undang itu, mahkamah akan diberi kuasa mengenakan hukuman penjara minimum antara 5 dengan 20 tahun, tanpa peringanan hukuman, kepada pesalah berusia 21 tahun dan ke atas di bawah Hukuman untuk Perlindungan Awam Dipertingkat (SEPP).

Berucap di Parlimen semasa perbahasan Rang Undang-Undang Prosedur Jenayah (Pindaan Pelbagai) 2024, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata adalah penting untuk mengkaji semula undang-undang tersebut.

Beliau berkata walaupun tidak ada peningkatan dalam kadar jenayah keganasan dan seksual yang serius di Singapura, sesetengah pesalah masih dinilai mempunyai risiko mengulangi kesalahan dan ia boleh memberi kesan kepada anak-anak muda.

“Mahkamah akan menetapkan tempoh penjara bagi pesalah, berdasarkan fakta kes. Mahkamah juga akan menyatakan sama ada pesalah dibebaskan pada akhir tempoh minimum akan tertakluk kepada semakan.

“Jika dia dinilai boleh menimbulkan risiko kepada orang lain apabila tempohnya tamat, dia boleh ditahan melebihi tempoh minimum.

“Dan jika dia dibebaskan, syarat boleh dikenakan, sehingga dinilai selamat, untuk menghapuskan syarat itu,” kata Encik Shanmugam.

Sebelum ini, Encik Shanmugam berkata pesalah sedemikian akan dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara walaupun dinilai terdapat risiko mereka mungkin keluar dan melakukan jenayah lagi.

Dengan SEPP, pesalah akan dinilai oleh Lembaga Semakan Tahanan, yang terdiri daripada pakar berkaitan seperti hakim bersara, peguam, pakar psikiatri dan psikologi, yang kemudiannya akan menasihati Menteri Ehwal Dalam Negeri sama ada untuk melanjutkan tempoh penjara pesalah atau membebaskan mereka.

Jika pesalah dinilai sesuai dibebaskan, dia akan dibebaskan dengan bersyarat dan tertakluk kepada syarat seperti kaunseling mandatori, pemantauan elektronik atau perintah berkurung.

Dia akan terus dinilai sehingga didapati boleh dibebaskan tanpa syarat.

Sebaliknya, Encik Shanmugam berkata jika penilaian menunjukkan bahawa pesalah itu tidak sepatutnya dibebaskan, dia akan terus ditahan dan kesnya akan disemak setiap tahun.

“Kami berharap ini akan meningkatkan perlindungan awam. Pesalah yang terus menimbulkan bahaya sebenar kepada orang lain tidak harus dibebaskan.

“SEPP akan membantu menggalakkan pemulihan. Pesalah yang dijatuhkan hukuman SEPP akan mempunyai insentif yang kuat untuk mengambil serius pemulihannya.

“Jika tidak, dia membahayakan peluangnya dibebaskan,” kata Encik Shanmugam.

Semasa perbahasan itu, seramai 15 Anggota Parlimen (AP) bangkit berucap mengenai rang undang-undang itu.

Walaupun kebanyakan AP menunjukkan sokongan terhadap intipati rang undang-undang itu, ada dalam kalangan mereka turut berkongsi bahawa mereka bimbang tentang aspek mengimbangi hak individu pesalah.

“Saya mengalu-alukan pindaan memperkenalkan hukuman baru untuk perlindungan awam. Dengan SEPP baru, pesalah tidak akan dibebaskan secara automatik pada bila-bila masa selepas menjalani hukuman minimum melainkan dinilai oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) yang dia tidak lagi menimbulkan ancaman kepada orang ramai.

“Bagaimanapun, adakah pesalah boleh mendapatkan perwakilan undang-undang semasa perbicaraan penilaian? Adakah pandangan mangsa atau keluarga atau kepentingan awam dipertimbangkan sebelum pesalah dibebaskan daripada SEPP?” tanya Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).

Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol), yang turut menyokong rang undang-undang itu, berkongsi bahawa beliau bimbang pengenalan SEPP boleh menyaksikan pesalah dipenjara selama-lamanya, melangkaui jenayah yang didakwa pada asalnya.

“Saya pastinya menyokong pengenalan SEPP melalui rang undang-undang ini kerana ia bertujuan melindungi orang ramai dengan lebih baik daripada pesalah yang berbahaya dan berulang.

“Bagaimanapun, saya harus menekankan bahawa ia juga mempunyai cabaran untuk mengimbangi hak individu mereka yang terjejas oleh peningkatan luas yang diletakkan untuk melindungi orang ramai daripada pesalah berbahaya itu,” kata Encik Sharael.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >