Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Unit dalam kenderaan generasi baru dipasang mulai Mei

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Unit dalam kenderaan generasi baru dipasang mulai Mei

Mar 28, 2024 | 08:16 PM



Kenderaan baru yang didaftarkan mulai 1 Mei akan dilengkapi dengan unit untuk sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) generasi seterusnya.

Pemilik motosikal sedia ada pula akan diberitahu secara berperingkat supaya menggantikan unit dalam kenderaan (IU) mereka.

Pemasangan unit baru itu untuk motosikal sedia ada akan bermula pada 1 Jun, dan pemilik motosikal tidak perlu membayar bagi pemasangannya jika ia dilakukan dalam tempoh dua bulan yang ditetapkan dalam pemberitahuan mereka.

Di luar tempoh itu, pemilik motosikal dikenakan bayaran $35 bagi kos pemasangan.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata dalam satu kenyataan pada 28 Mac bahawa pemilik kenderaan berdaftar Singapura seperti kereta dan trak akan dimaklumkan secara berperingkat untuk membuat janji temu pemasangan unit mereka mulai separuh kedua 2024.

Menurut LTA, lebih 13,000 kenderaan, termasuk bas awam dan kenderaan komersial, telah dipasang IU baru sejak November 2023, apabila tempoh pemasangan itu bermula.

Motosikal akan mendapat satu komponen yang dipasang pada bar hendal, manakala tiga komponen akan dipasang untuk kenderaan lain, seperti kereta.

Ia merangkumi antena, unit pemprosesan yang menggabungkan pembaca kad, dan paparan skrin sentuh yang boleh dipilih pemandu jika mereka ingin menggunakan aplikasi telefon bijak yang serasi.

Komponen itu dilengkapi dengan jaminan selama lima tahun.

Nombor pengenalannya akan sama dengan nombor IU kenderaan sedia ada, dan butiran seperti maklumat tempat letak kereta musim akan dipindahkan secara automatik.

“Apabila pemilik kenderaan dimaklumkan melalui pos, e-mel atau SMS, mereka juga akan menerima pautan untuk membuat janji temu dalam talian dan memilih bengkel pilihan mereka.

“Pemilik kenderaan selain motosikal, yang akan mendapat unit dalam kenderaan tiga komponen, juga boleh mengatakan sama ada mereka mahu paparan skrin sentuh dipasang,” kata LTA dalam kenyataan itu.

LTA berkata masa yang diperlukan untuk pemasangan bergantung pada pembuatan, model dan keadaan kenderaan, serta bengkel yang dipilih.

Sistem ERP generasi seterusnya berteraskan teknologi navigasi satelit yang menggantikan sistem semasa yang sudah berusia 25 tahun.

Apabila ia dilancarkan sepenuhnya, pemandu dan penunggang motosikal tidak perlu bergantung pada gantri fizikal bagi sistem ERP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >