Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

URA alu-alu idea bangun ruang riadah lebih terangkum di serata S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

URA alu-alu idea bangun ruang riadah lebih terangkum di serata S’pura

Apr 14, 2024 | 05:28 PM



Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mengalu-alukan idea orang ramai untuk bersama-sama membentuk Pelan Induk Riadah dan menyumbang kepada pembangunan peluang rekreasi yang lebih terangkum dan rencam di Singapura.

Melancarkan yang pertama daripada siri pameran bergerak Pelan Induk Riadah pada 14 April di Westgate, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata pelan induk tersebut mempunyai tiga bidang tumpuan.

Pertama, meningkatkan potensi rekreasi ruang hijau dan biru Singapura; kedua, mengaktifkan ruang yang kurang digunakan untuk riadah; dan ketiga, menjadikan riadah lebih bersifat terangkum untuk semua.

Orang ramai boleh menyumbang pandangan mereka berkaitan ketiga-tiga bidang tumpuan itu di pameran bergerak yang akan diadakan di beberapa tempat di serata negara atau secara dalam talian di go.gov.sg/URADraftMasterPlan.

Encik Lee berkata selain merancang bagi perumahan, tempat kerja dan sekolah, pihak berkuasa juga merancang bagi ruang rekreasi di mana orang ramai boleh beriadah, meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat handai serta merehatkan minda.

Ruang sedemikian termasuk taman-taman, ruang seni dan budaya serta kemudahan hiburan dan sukan.

“Ruang-ruang ini tidak berlaku dengan sendirinya tetapi merupakan hasil perancangan awal yang dilakukan dengan sengaja dan telah ditenun secara progresif ke dalam fabrik bandar kita selama ini.

“Di negara kecil kita, kita mesti berhati-hati mengurus tanah dan sumber yang terhad untuk mengimbangi keperluan yang bersaing serta menyediakan untuk generasi sekarang dan akan datang.

“Apabila keterbatasan tanah semakin meruncing dan keperluan keseimbangan menjadi lebih ketara, kita mesti mencari penyelesaian kreatif untuk membawa pilihan rekreasi lebih dekat dengan rumah,” kata Encik Lee.

Beliau berkata pihak berkuasa mahu mendengar maklum balas warga tentang pilihan rekreasi berbeza yang merupakan sebahagian Pelan Induk Riadah.

Misalnya, di pameran bergerak di Westgate yang berlangsung dari 14 hingga 19 April dan pameran di Kelab Masyarakat Senja-Cashew yang akan diadakan dari 21 hingga 28 April, orang ramai diminta memberi maklum balas bagi projek yang bakal dilakukan di kawasan Barat Singapura.

Memberi contoh, Encik Lee berkata Pandan Reservoir kini dinikmati orang ramai yang melakukan pelbagai kegiatan riadah seperti memancing, berkayak dan berbasikal.

“Kita mahu tahu apa lagi aktiviti rekreasi lain yang ingin anda lihat di Kolam Air Pandan,” ujar Encik Lee.

Beliau berkata di bahagian barat daya Singapura pula, Lembaga Taman Negara (NParks) mahu meningkatkan dan menghubungkan 13 taman untuk menyediakan lebih banyak peluang berasaskan alam semula jadi.


Ini akan dilakukan melalui satu siri denai riadah yang dipilih susun, di mana orang ramai boleh menantikan pelbagai pengalaman yang lebih luas di sepanjang Southern Ridges dan West Coast.


Sementara itu, HortPark, Taman Semula Jadi Labrador dan Taman West Coast pula akan dijadikan Taman Destinasi iaitu taman serantau yang akan dibangunkan mengikut tema unik.

“Daripada mempertingkatkan warisan semula jadi kami kepada mewujudkan ruang untuk atur cara kemasyarakatan, kami ingin mendengar daripada anda tentang cara menjadikan kawasan ini lebih menarik,” tambah Encik Lee.

Orang ramai boleh melawat lapan pameran bergerak antara 14 April dengan 27 Julai di lokasi yang boleh didapati di go.gov.sg/Recreation untuk memberikan maklum balas dan idea mereka.

URA dan agensi rakan kongsinya akan menyemak maklum balas dan mempertimbangkannya untuk memperhalusi cadangan Pelan Induk Riadah yang akan dibentangkan sebagai sebahagian daripada Draf Pelan Induk pada 2025.

Selepas itu, agensi yang terlibat akan membangunkannya seiring dengan pelan terperinci untuk setiap kawasan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >