Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Urutan peristiwa kes buli di Sekolah Rendah Sengkang Green

Aug 21, 2025 | 2:55 PM
kes buli, Sekolah Rendah Sengkang Green, pelajar
Berikutan kes buli di Sekolah Rendah Sengkang Green, tiga murid yang terlibat digantung sekolah, manakala salah seorang daripada mereka disebat. - Foto ZAOBAO

Akhir April: Seorang murid perempuan mengadu kepada guru kelas bahawa Murid A telah menggunakan kata-kata kesat terhadapnya. Disebabkan murid perempuan itu turut menggunakan kata-kata kesat terhadap Murid A, guru kelas meminta agar mereka bermaafan.

Pertengahan Julai: Murid perempuan itu meminta guru kelas menukar tempat duduknya, namun guru kelas memutuskan untuk memantau keadaan terlebih dahulu kerana murid itu dilihat berbual dan bergelak ketawa dengan Murid A dan B.

25 Julai: Murid perempuan itu sekali lagi meminta supaya tempat duduknya ditukar, antaranya kerana Murid A dan B menggunakan kata-kata tidak sesuai terhadapnya, dan Murid C menyentuh wajahnya tanpa kebenaran.

Oleh kerana dia turut menggunakan kata-kata serupa terhadap Murid A dan B, ketiga-tiga murid diminta saling bermaafan.

Guru kelas memberitahu murid perempuan itu bahawa ibu bapanya telah dimaklumkan mengenai pertukaran tempat duduk yang akan dibuat pada 4 Ogos, serta akan meneliti maklum balasnya mengenai Murid C.

26 Julai: Ibu murid perempuan itu melaporkan kepada pihak sekolah bahawa beliau menerima panggilan gurauan melalui telefon dengan ugutan bunuh.

28 Julai: Ketiga-tiga murid diberi teguran, ibu bapa mereka dimaklumkan bahawa anak-anak mereka akan digantung sekolah serta-merta. 

Berdasarkan semakan pihak sekolah, Murid A memperolehi nombor telefon itu daripada ibu atau bapanya untuk mereka membuat panggilan gurauan, manakala Murid C menghantar rakaman audio berunsur ugutan. 

Pagi itu, Naib Pengetua mengadakan pertemuan dengan ibu bapa murid perempuan tersebut untuk menjelaskan tindakan yang telah diambil, dan membuat panggilan pada petang hari untuk membincangkan rancangan keselamatan untuk anak mereka.

Memandangkan ibu bapa itu telah membuat laporan polis, pihak sekolah memberi jaminan akan meneliti dan mengambil tindakan disiplin lanjut selepas siasatan selesai.

30 Julai: Murid perempuan itu memberitahu guru kelas bahawa seorang rakan sedarjah telah menyembur air ke arahnya. Guru mendapati kejadian itu berlaku selepas murid perempuan itu, antaranya, menggunakan kata-kata hinaan berunsur perkauman terhadap rakan berkenaan.

Kedua-dua murid diberi kaunseling, ibu bapa rakan itu dimaklumkan, dan pihak sekolah merancang untuk mengemukakan perkara itu dengan ibu bapa murid perempuan tersebut dalam satu pertemuan.

31 Julai: Pelan keselamatan dihantar kepada ibu bapa melalui e-mel.

7 Ogos: Pihak sekolah dimaklumkan mengenai lebam pada murid perempuan itu dan mendapati Murid C telah mengayun beg ke arahnya semasa waktu pulang. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan guru bertugas sedang menguruskan kumpulan lain dan tidak menyaksikan kejadian tersebut.

Pihak sekolah menghubungi ibu bapa Murid C.

12 Ogos: Murid C disebat.

14 Ogos: Pihak sekolah menjadualkan pertemuan dengan ibu bapa murid perempuan itu pada 18 Ogos untuk memaklumkan tindakan yang telah diambil dan langkah bagi menyokong kepulangan murid tersebut ke sekolah.

15-16 Ogos: Ibu murid itu membuat hantaran di media sosial.

18 Ogos: Pertemuan dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg