2021: Polis menerima maklumat mengenai aktiviti yang mencurigakan, termasuk penggunaan dokumen yang disyaki palsu untuk membuktikan sumber dana dalam akaun bank di Singapura. Beberapa Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) telah difailkan oleh institusi kewangan dan syarikat lain.
Awal 2022: Polis buat siasatan risikan yang komprehensif dan menyelaras. Siasatan menemui rangkaian individu yang dipercayai mempunyai hubungan sesama mereka, termasuk hubungan kekeluargaan.
Awal 2023: Menyusuli siasatan, Jabatan Peguam Negara (AGC) menilai polis mempunyai sebab yang mencukupi untuk mengesyaki bahawa kesalahan jenayah telah dilakukan di Singapura.
15 Ogos 2023: Polis melakukan operasi untuk menangkap suspek berikutan siasatan risikan intensif, semakan maklumat yang meluas dan pemeriksaan bukti.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg