Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Usaha galak kaum Adam dakap sikap kelelakian positif

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha galak kaum Adam dakap sikap kelelakian positif

Jan 20, 2024 | 09:14 PM



Dua tahun lalu, beliau dipenjara sembilan bulan kerana mencampakkan koktel Molotov ke rumah keluarga bekas isterinya pada 2020 hingga menyebabkan satu kebakaran apabila botol itu berkecai.

Tidak tahu bagaimana untuk mengawal kemarahan dahulu, Encik Ismail Didih Ibrahim, 39 tahun, perlahan-lahan belajar bagaimana untuk mengawal emosinya apabila menyertai program THK Brotherhood kendalian badan amal Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC).

Beliau ditemui Berita Minggu dalam satu acara simposium dan pesta bagi meningkatkan kesedaran terhadap keganasan dalam keluarga anjuran THKMC, di Our Tampines Hub pada 20 Januari.


Di acara “Pecahkan Stereotaip: Menyambut Kelelakian Positif” (Breaking Stereotypes: Celebrating Positive Masculinity) itu, beliau diundang sebagai anggota panel bagi satu sesi perkongsian.

Acara itu adalah sebahagian kempen “Break the Silence” oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk meningkatkan kesedaran tentang isu keganasan domestik, menggalak sikap kelelakian positif dan agar lebih ramai orang yang memerlukan mendapatkan bantuan.

Tetamu terhormat, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, dalam ucapannya di acara itu berkata, sering kali apabila isu keganasan berlaku, masyarakat menganggapnya sekadar isu peribadi.

“Jika kami lihat ahli keluarga atau teman yang memerlukan, kami harus menggalak mereka berbuat demikian. Ia lebih baik untuk mendapatkan bantuan dan memecahkan putaran keganasan,” ujarnya.

Menurut Encik Ismail yang juga pemilik cawangan nasi padang baru, The People’s Nasi Padang, dan gerai makanan Jepun, Ryo Yakiniku di Tai Seng, adalah tidak wajar bagi kaum lelaki menyimpan perasaan terutamanya dalam hal rumah tangga tanpa mendapatkan bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif THK, Encik Jason Lee, berkata pihaknya melancarkan program THK Brotherhood kerana tiada banyak khidmat seperti itu di Singapura.

“Ia merupakan hasrat kami untuk membantu kaum Adam di sini secara holistik menerusi program ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >