Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lebih banyak kaedah akan dilancar bantu lapor keganasan rumah tangga: Sun Xueling

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak kaedah akan dilancar bantu lapor keganasan rumah tangga: Sun Xueling

Jan 10, 2024 | 07:52 PM



Sektor perkhidmatan sosial digemparkan dengan kes remaja perempuan berusia 16 tahun yang didera secara seksual oleh seorang lelaki yang berniat mengambilnya sebagai anak angkat, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling.

Beliau menambah, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan melancarkan lebih banyak kaedah bagi memastikan sistem dalam membuat keputusan melapor keganasan keluarga lebih mantap dan tekal.

“Ini adalah... untuk memastikan bukan sahaja ada latihan yang disediakan... malah ada kaedah penilaian standard supaya karyawan perkhidmatan sosial tahu apakah garis dasar, serta mengenal pasti keadaan yang memerlukan mereka untuk melaporkan kejadian,” ujar Cik Sun.

Cik Sun menjawab empat soalan Anggota Parlimen (AP) pada 10 Januari berhubung kes penderaan seksual kanak-kanak dan perlindungan dalam proses pengambilan anak angkat.

“Mengambil iktibar daripada kejadian itu, saya fikir ia adalah satu peringatan tegas kepada kita semua bahawa kita akan terus memberi tumpuan dalam memastikan karyawan perkhidmatan sosial kita (mendapat) latihan terkini.

“Ini untuk mengenal pasti keganasan keluarga, keganasan rumah tangga, dan penderaan seksual, serta mengetahui masa untuk melaporkan dan apakah gejalanya,” tambah beliau.

Soalan daripada AP timbul selepas seorang lelaki dihukum penjara pada 28 November 2023.

Lelaki tersebut yang melakukan kerja sukarela di rumah kanak-kanak, melakukan penderaan seksual terhadap seorang penghuni perempuan di sana yang dia ingin ambil sebagai seorang anak angkat.

Mangsa telah ditempatkan di rumah kanak-kanak itu kerana didera secara seksual oleh bapanya, selepas ibunya membunuh diri.

Selepas mangsa ditempatkan buat sementara dalam jagaan lelaki tersebut dan isterinya semasa proses pengambilan anak angkat, lelaki itu berulang kali melakukan hubungan intim secara seksual hampir setiap hari antara September dengan pertengahan November 2020.

Kes itu terbongkar apabila mangsa memberitahu gurunya, yang kemudian memaklumkan polis pada 1 Disember 2020.

Lelaki berusia 39 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan disebat sembilan kali selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan seksual itu dengan mengeksploitasi remaja bawah umur 16 atau 17 tahun.

Cik Sun berkata rumah kanak-kanak tersebut telah melakukan segala usaha untuk melakukan pemeriksaan latar belakang terhadap orang yang mempunyai hubungan dengan mangsa.

MSF berkata sebelum ini, meskipun karyawan perrkhidmatan sosial melakukan lawatan mingguan untuk memantau kesejahteraan, keselamatan dan kemajuan mangsa, serta menilai keupayaan lelaki itu dan isterinya untuk menjaga mangsa, mereka tidak mengesan sebarang kebimbangan berkaitan penderaan seksual.

“Walaupun segala usaha dilakukan untuk memastikan anak angkat memasuki keluarga yang menyediakan persekitaran yang selamat, adalah tidak mungkin untuk meramalkan dengan pasti bagaimana hubungan antara anak angkat dengan ibu bapa angkat berkembang,” tambah Cik Sun.

Selain pengamal perkhidmatan sosial, Cik Sun menekankan peranan orang awam, seperti guru dan jiran, yang lebih kerap berinteraksi dengan kanak-kanak.

Beliau berkata kempen MSF dipanggil ‘Break the Silence’ telah mendekati 7,550 individu sejak ia dilancarkan pada 2016.

Kebanyakan daripada mereka merupakan guru, termasuk guru prasekolah.

Kempen itu mengajar cara mengesan tanda-tanda keganasan keluarga, termasuk penderaan seksual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >