Usaha hidup sihat sedikit demi sedikit

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha hidup sihat sedikit demi sedikit

Dec 3, 2017 | 3:27 PM

Usaha hidup sihat sedikit demi sedikit

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
GALAK HIDUP SIHAT: Dr Amy Khor (depan, tengah) menyertai penduduk bersenam di Kelab Masyarakat Hong Kah North.
GALAK HIDUP SIHAT: Dr Amy Khor (depan, tengah) menyertai penduduk bersenam di Kelab Masyarakat Hong Kah North. - Foto JONATHAN CHOO

MULAKAN dengan mengorak langkah kecil ke arah gaya hidup sihat dengan bersenam secara lebih kerap, menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesan sebarang masalah kesihatan lebih awal selain memantau pemakanan.

Itu adalah tema di Kelab Masyarakat Hong Kah North pagi tadi di mana penduduk menyertai Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, dalam sesi senaman dan demonstrasi memasak.

"Apa yang penting untuk diingati ialah kita semua perlu memulakannya dan melakukan sesuatu secara sedikit itu adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa," kata Dr Khor yang turut melancarkan Kalendar Kesihatan 2018 di acara tersebut.

Kalendar itu mengetengahkan senaman khusus untuk kaum wanita daripada pelbagai peringkat usia.

Sekitar 15,000 naskhah kalendar itu akan diberi kepada wanita daripada keluarga berpendapatan rendah di kejiranan Hong Kah North dan serata negara.

Versi elektronik boleh dimuat turun daripada Hab Kesihatan, Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) dan Facebook Hong Kah North mulai Isnin (4 Disember).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg