Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha pastikan staf Lapangan Terbang Changi selamat

May 25, 2021 | 5:30 AM
LANGKAH DIPERKETAT: Kakitangan lapangan terbang di Terminal 3 mengawal pergerakan penumpang sambil memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE). Ini menyusuli protokol yang dipertingkat bagi pekerja yang bertugas di kawasan berisiko tinggi yang membabitkan interaksi bersama pelawat yang tiba di sini. - Foto BH oleh MARK CHEONG.
LANGKAH DIPERKETAT: Kakitangan lapangan terbang di Terminal 3 mengawal pergerakan penumpang sambil memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE). Ini menyusuli protokol yang dipertingkat bagi pekerja yang bertugas di kawasan berisiko tinggi yang membabitkan interaksi bersama pelawat yang tiba di sini. - Foto BH oleh MARK CHEONG. -

LAPANGAN Terbang Changi sedang menerapkan langkah baru bagi sekitar 14,000 pekerjanya yang akan dipisahkan kepada tiga zon berdasarkan taraf risiko jangkitan Covid-19.

Kawasan tertentu seperti laluan ketibaan terminal, dewan ketibaan imigresen dan dewan mengumpul bagasi disifatkan sebagai zon risiko paling tinggi, iaitu Zon 1.

Semua 4,400 pekerja di zon itu diperlukan memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) dan harus menerima suntikan vaksin sepenuhnya serta menjalani rejim ujian dipertingkat.

Hanya pekerja yang muda sahaja dibenarkan bertugas di situ. Mereka juga dilarang berinteraksi bersama pekerja di zon lain dengan kawalan kemasukan zon tersebut yang diperketat dikuat kuasa.

Kawasan terminal yang lain seperti pusat transit dan imigresen pelepasan pula disifatkan sebagai Zon 2 manakala kawasan perhimpunan orang awam adalah Zon 3.

Langkah demikian akan diterapkan secara berperingkat bagi Jewel Changi Airport, Terminal 1 dan 3 menjelang 13 Jun ini, kata Ketua Pegawai Ekesekutif Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG), Encik Lee Seow Hiang semalam.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg