Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Usaha silang agensi dipertingkat demi cegah jualan, bekalan ‘vape’ di S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha silang agensi dipertingkat demi cegah jualan, bekalan ‘vape’ di S’pura

Dec 19, 2023 | 06:52 PM



Pemerintah akan meningkatkan langkah penguatkuasaan untuk menyekat jualan dan bekalan rokok elektrik atau e-vaporiser atau lebih dikenali sebagai vape.


Langkah penguatkuasaan yang dipertingkat itu termasuk bekerja dengan pihak berkuasa untuk menyekat penjualan dan bekalan e-vaporiser daripada merentasi sempadan; meningkatkan pengesanan dan penyingkiran jualan dan iklan e-vaporiser dalam talian; dan meningkatkan penguatkuasaan dalam masyarakat untuk membendung pemilikan dan penggunaan e-vaporiser, termasuk di sekolah.


Dalam kenyataan bersama pada 19 Disember, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata HSA dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan menjalankan operasi silang agensi di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut, bermula dengan Lapangan Terbang Changi.

Pengunjung mungkin diperiksa di dewan ketibaan dan mereka yang didapati memiliki e-vaporiser atau alat berkaitannya akan didenda.


Pengunjung yang memasuki Singapura diingatkan supaya melalui Laluan Merah di pusat pemeriksaan dan mengisytiharkan kepada pegawai bahawa mereka memiliki e-vaporiser agar ia boleh dibuang di tong sampah.


Pengunjung yang mengisytiharkan dan membuang e-vaporiser dan alat berkaitannya di Laluan Merah boleh mengelak daripada didenda.


Namun, mereka yang didapati memiliki e-vaporiser atau alat berkaitannya dan tidak mengisytiharkannya kepada pegawai bertugas boleh dikenakan denda di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan).


ICA juga akan terus melakukan pemeriksaan keselamatan dan bekerja dengan pihak berkaitan untuk mengesan dan mencegah cubaan penyeludupan.

Sementara itu, MOH dan HSA berkata ia juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap pemilikan dan penggunaan e-vaporiser.


Lebih banyak pemeriksaan akan dilakukan di tempat awam seperti kelab malam, kawasan merokok, taman dan Kawasan Pusat Bandar (CBD) dan pesalah akan disaman oleh pegawai penguatkuasaan serta-merta.

MOE juga akan mengukuhkan usaha pengesanan dan penguatkuasaan terhadap penggunaan e-vaporiser.


Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) akan terus bekerjasama dengan MOE untuk mengukuhkan mesej anti-vape dalam bahan pendidikan dan program pencegahan, meningkatkan kesedaran tentang bahaya vape serta menyediakan sokongan pemberhentian vape bagi pelajar yang ditangkap menggunakan e-vaporiser.


E-vaporiser biasanya mengandungi nikotin, bahan yang mengakibatkan ketagihan, yang juga boleh membahayakan otak remaja yang sedang membangun.


Ia juga mengandungi bahan kimia penyebab kanser dan bahan toksik lain seperti zarah nano logam dan bahan zarahan (PM2.5) yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan paru-paru.

E-vaporiser diharamkan di Singapura dan mereka yang ditangkap memiliki, menggunakan atau membelinya boleh didenda sehingga $2,000.


Namun, meskipun dilarang, pihak berkuasa berkata pengguna masih terus membeli e-vaporiser secara dalam talian melalui aplikasi seperti Telegram, atau apabila mereka ke luar negara.


“Pendekatan pelbagai agensi ini bertujuan untuk melindungi penduduk kita daripada produk tembakau yang berbahaya sepertinya dan mencegah vape daripada berakar umbi di dalam negara,” tegas kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >