Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Usaha tingkatkan pertumbuhan sektor penerbangan, maritim

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha tingkatkan pertumbuhan sektor penerbangan, maritim

Mar 05, 2024 | 07:28 PM



Tiga lagi dermaga akan ditambah di Pelabuhan Tuas menjelang akhir 2024, menjadikan jumlah dermaga yang beroperasi kepada 11.

Ini akan mengukuhkan lagi pertumbuhan sektor maritim Singapura yang kekal teguh pada 2024.

Pada Januari 2024, Pendaftaran Kapal Singapura melepasi 100 juta tan kasar buat kali pertama, kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Encik Chee menyentuh tentang membina kapasiti sektor maritim dan penerbangan Singapura yang merupakan “sumber pekerjaan penting bagi rakyat Singapura”.

Terdapat 800 pekerja di Pelabuhan Tuas setakat ini, kata Encik Chee, sambil menambah bahawa bilangan tersebut dijangka bertambah apabila operasi meningkat.

Anggota Parlimen (AP) Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast) dan Encik Melvin Yong (Radin Mas) bertanya tentang ketersambungan untuk pekerja ke Pelabuhan Tuas.

Encik Chee berkata ia masih diusahakan tetapi sudah ada kemajuan dalam hal tersebut.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi dan agensi tiga pihak untuk menambah baik pilihan pengangkutan bagi pekerja.

“Sebagai contoh, kami telah memperbaiki keadaan jalan raya dan memanjangkan waktu operasi Perkhidmatan Bas 248M. Bagi Jejambat Jalan Tuas, LTA akan mempercepatkan garis masa pembinaan dan menguruskan permintaan trafik semasa pembinaan,” kata beliau.

Bagi sektor penerbangan pula, Encik Chee berkata Singapura dijangka dapat mencapai matlamat pecah tanah bagi pembinaan Terminal 5 (T5) pada 2025.

Apabila siap pada pertengahan tahun 2030-an, T5 akan menambah 50 juta lagi penumpang pada kapasiti tahunan Changi dan mengukuhkan ketersambungan penerbangan Singapura.

Kerja-kerja juga telah dimulakan di Zon Perindustrian Changi East yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun 2030-an.

Ini dijangka menggandakan kapasiti pengendalian kargo udara Singapura daripada kira-kira 3 juta tan setahun hari ini kepada lebih 5 juta tan setahun, tambah Encik Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >