Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kerjasama S’pura, Australia akan masuk babak baru pada 2025

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama S’pura, Australia akan masuk babak baru pada 2025

Mar 05, 2024 | 06:20 PM



MELBOURNE: Singapura dan Australia bakal memasuki fasa baru perkongsian pada 2025, dengan pemimpin kededua negara berikrar untuk bekerjasama dalam cara yang baru dan strategik, walaupun di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik.


Bidang baru dalam kerjasama itu termasuk bahagian tenaga yang boleh diperbaharui, daya tahan rangkaian bekalan, kecerdasan buatan dan ketersambungan udara, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada 5 Mac, lapor The Straits Times.


Beliau menambah bahawa bidang berkenaan sesuai dengan keutamaan kededua negara.

“Masih banyak lagi yang boleh dilakukan kededua negara. Lagipun, kami adalah rakan kongsi semula jadi dengan ekonomi yang saling melengkapi, (serta) pandangan dunia dan perspektif strategik yang serasi mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa,” kata Encik Lee.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatnya dari Australia, Encik Anthony Albanese, sejurus selepas Mesyuarat Tahunan Pemimpin Singapura-Australia selesai di Melbourne.

Memberi maklumat terkini mengenai Persetujuan Ekonomi Hijau Singapura-Australia yang ditandatangani pada Oktober 2022, Encik Lee berkata bahawa usaha itu – yang memudahkan perdagangan dalam barangan dan perkhidmatan alam sekitar serta menggalak pelaburan dalam ekonomi hijau – mencapai kemajuan yang ketara.

Pada 5 Mac, para pemimpin mengalu-alukan pemeteraian Memorandum Persefaham Koridor Perkapalan Hijau dan Digital, untuk menggalak penyahkarbonan dan pendigitalan maritim, serta satu set prinsip yang telah dibangunkan oleh kededua pihak untuk membimbing perdagangan elektrik rentas sempadan bagi rantau ini.

Encik Lee, yang akan berada di Melbourne sehingga 6 Mac untuk menghadiri Sidang Puncak Khas Asean-Australia, berkata menteri dan pegawai daripada kededua pihak telah ditugaskan membangunkan pelan “bercita-cita tinggi” untuk bab kerjasama seterusnya.

Pada 2025, kededua negara akan meraikan tahun ke-10 sejak menandatangani Kerjasama Strategik Menyeluruh (CSP), serta tahun ke-60 menjalin hubungan diplomatik.

“Kami kongsi visi untuk rantau yang terbuka, stabil dan makmur. Dan pertemuan ini telah mengukuhkan hubungan yang unik secara meluas, dan hubungan yang menyaksikan kami beralih ke arah masa depan,” kata Encik Albanese.

Kededua pemimpin bersetuju bahawa di bawah kerjasama peringkat seterusnya, perkongsian mereka harus bercita-cita tinggi, berorientasikan masa depan dan mencari laluan, dan akan terdiri daripada daya usaha merentasi pelbagai sektor, seperti keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan teknologi siber dan kritikal.

Sidang Puncak Asean-Australia pada 2024 menandakan ulang tahun ke-50 sejak Australia menjadi rakan dialog pertama blok itu.

Pertemuan pemimpin serantau di Melbourne diadakan di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin teruk dan persaingan ekonomi antara Amerika Syarikat dengan China, serta semasa konflik berterusan di Myanmar, Ukraine dan Gaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >