Usahawan Ramlee Buang dilantik sebagai anggota lembaga A*Star mulai 1 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usahawan Ramlee Buang dilantik sebagai anggota lembaga A*Star mulai 1 Feb

Jan 30, 2026 | 8:22 PM

Usahawan Ramlee Buang dilantik sebagai anggota lembaga A*Star mulai 1 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Usahawan veteran dan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC), Encik Ramlee Buang, telah dilantik sebagai anggota lembaga baru Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).
Usahawan veteran dan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC), Encik Ramlee Buang, telah dilantik sebagai anggota lembaga baru Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star). - Foto EQUITY COMMUNICATIONS

Usahawan veteran dan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC), Encik Ramlee Buang, telah dilantik sebagai ahli lembaga baru Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) mulai 1 Februari.

Encik Ramlee, 69 tahun, adalah antara dua ahli lembaga yang baru dilantik, selain Naib Presiden Tenaga dan Iklim, Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Dr Evelyn Wang.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Infrastruktur, Keppel Ltd, Cik Cindy Lim, Pengarah Bebas, Encik Arunjai Mittal, dan CEO ALPS, Cik Yong Hwee Yee, telah dilantik semula ke lembaga itu, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 30 Januari.

Setiausaha Tetap Penyelidikan dan Pembangunan Negara dari Pejabat Perdana Menteri (PMO), Profesor Tan Chorh Chuan, pula akan terus menerajui lembaga tersebut sebagai Pengerusi.

Menurut kenyataan MTI, Encik Ramlee mempunyai lebih 35 tahun pengalaman bersama syarikat berbilang negara dalam pembangunan perniagaan dan peranan korporat.

Beliau merupakan Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan Pengarah Cerebos Pacific, sebelum beliau menubuhkan Uyko Advisory pada 2014 untuk menyediakan nasihat korporat, pementoran dan bimbingan.

Encik Ramlee juga mempengerusikan Lembaga Pengarah 1FSS Pte Ltd, sebuah Pusat Perkhidmatan Perkongsian Kewangan MOH Holdings dan merupakan anggota Lembaga Pengarah Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), di mana beliau mempengerusikan Jawatankuasa Audit dan Risiko.

Peniaga mapan itu juga merupakan ahli lembaga Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra), di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko.

Di luar sektor awam, Encik Ramlee ialah ahli lembaga Far East Orchard Limited.

Sementara itu, Dr Evelyn Wang merupakan peneraju yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam pemindahan haba perubahan fasa, di mana beliau membangun teknologi untuk pengurusan haba, penukaran dan penyimpanan tenaga, serta penuaian dan penulenan air.

Teknologi yang dibangunkan oleh beliau dan rakan-rakannya menggunakan penyelidikan pemindahan haba dan jisim mikro dan nano asas dengan bahan dan reka bentuk peranti yang inovatif.

Dr Wang juga merupakan ahli Akademi Kejuruteraan Kebangsaan, Felo Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains, Felo Akademi Seni dan Sains Amerika, serta Felo Persatuan Kejuruteraan Mekanikal Amerika.

MTI, dalam kenyataannya, turut mengumumkan tiga anggota lain yang akan mengundurkan diri pada 31 Januari setelah tamat tempoh perkhidmatan mereka.

Mereka ialah Timbalan Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kewangan (MOF), Encik Adrian Chua, CEO Kumpulan, Rangkaian Kewangan & Teknologi Global yang juga penasihat bagi Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Sopnendu Mohanty, dan Penasihat Kanan, ST Engineering, Encik Ravinder Singh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg