Topik diikuti
Pergi ke BHkuUtamakan bimbingan fiqah wanita tunai umrah
Utamakan bimbingan fiqah wanita tunai umrah
Hampir 30 tahun menyantuni tetamu Allah, Noor Mohamad Services & Travel menekankan kepentingan ilmu, bimbingan asatizah bertauliah dan kesempurnaan ibadah umrah.
Menunaikan umrah merupakan impian setiap Muslim.
Namun, di sebalik keterujaan mahu menjadi tetamu Allah, persediaan ilmu amat penting agar setiap ibadah dapat dilaksanakan dengan yakin, tenang dan menepati tuntutan syarak.
Menyedari hal ini, Noor Mohamad Services & Travel memberikan penekanan khusus terhadap bimbingan ibadah, terutama bagi jemaah wanita yang mempunyai keperluan fiqah tersendiri sepanjang berada di tanah suci.
Dengan semakin ramai wanita menunaikan umrah, pengetahuan mengenai hukum-hakam wanita menjadi antara perkara penting sebelum berangkat ke tanah suci.
Antara persoalan yang sering timbul termasuk hukum haid dan istihadah, syarat suci untuk tawaf, mandi wajib, penggunaan ubat penangguh haid serta aurat dan ihram.
Bagi membantu jemaah memahami perkara tersebut, Kursus Persediaan Umrah Noor Mohamad Services & Travel dibimbing sendiri oleh Ustazah Juyda Noor Mohamad, asatizah bertauliah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) di Singapura.
Menurut Ustazah Juyda, persediaan umrah bukan sahaja melibatkan tatacara ibadah, malah pemahaman hukum-hakam yang mungkin dihadapi jemaah.
“Bagi jemaah wanita, terdapat keadaan tertentu yang memerlukan kefahaman fiqah yang jelas, khususnya apabila melibatkan haid dan kesucian ketika ingin melaksanakan tawaf.
“Kami mahu setiap jemaah wanita berangkat dengan ilmu dan keyakinan, bukan dalam keadaan bimbang atau tertanya-tanya tentang kesempurnaan ibadah mereka,” jelasnya.
Kehadiran ustazah turut memberi ruang kepada jemaah wanita untuk bertanya mengenai perkara peribadi dengan lebih selesa, khususnya berkaitan fiqah wanita dan ibadah umrah.
Selain fiqah wanita, kursus umrah turut merangkumi persediaan rohani dan fizikal, hikmah ibadah umrah, rukun dan wajib umrah, larangan ihram, tatacara tawaf, sai serta tahalul.
Jemaah turut diberikan penerangan dan latihan praktikal seperti pemakaian ihram dan kaedah bersuci.
Matlamatnya mahu memastikan jemaah mengetahui langkah pelaksanaan umrah, dan memahami tujuan serta hikmah setiap ibadah.
Ditubuhkan pada 1998 oleh Ustaz Noor Mohamad dan Hajjah Julia, Noor Mohamad Services & Travel terus berpegang kepada prinsip ‘Jujur, Mesra, Amanah’.
Dengan pengalaman 30 tahun mengendalikan perjalanan haji, umrah dan Kembara Warisan Islam, syarikat ini memberikan perhatian kepada pengurusan perjalanan, kebajikan jemaah, penginapan serta bimbingan ibadah.
Bagi Noor Mohamad Services & Travel, perjalanan umrah yang bermakna bukan sekadar menawarkan kemudahan yang selesa, malah memastikan setiap jemaah berpeluang memberikan sepenuh perhatian kepada ibadah dan penghayatan rohani sepanjang berada di tanah suci.
Bagi tahun 2027, Noor Mohamad Services & Travel menawarkan pilihan Pakej Umrah 12 Hari dengan keberangkatan pada Januari, Februari, Mac, Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober.
Harga pakej terpilih bermula daripada $5,380 seorang bagi penginapan bertiga.
Bagi mereka yang ingin merebut keberkatan penghujung Ramadan, Pakej Umrah Akhir Ramadan 8 hari turut ditawarkan dari 23 Februari hingga 12 Mac 2027.
Syarikat turut menawarkan Pakej Aqsa dan Umrah serta Kembara Warisan Islam ke Jordan dan Baitulmaqdis, Cyprus dan Istanbul, serta Uzbekistan dan Khiva.
“Hasrat kami bukan sekadar membawa jemaah sampai ke Makkah dan Madinah. Lebih penting, kami mahu mereka memahami ibadah yang dilaksanakan, berasa yakin dengan setiap amalan dan pulang dengan pengalaman kerohanian yang bermakna.
“Semoga usaha kecil kami dalam membimbing tetamu Allah menjadi asbab kepada ibadah yang diterima dan umrah yang mabrur,” ujar Ustazah Juyda.
Dengan pengalaman hampir tiga dekad, komitmen terhadap kebajikan jemaah dan bimbingan asatizah bertauliah, Noor Mohamad Services & Travel terus berusaha menjadi pilihan bagi umat Islam yang merancang perjalanan umrah mereka.
Pendaftaran Umrah 2027 Noor Mohamad Services & Travel kini dibuka.
Maklumat boleh didapati melalui:
* 810 Geylang Road, #01-88, City Plaza, Singapura
* WhatsApp: +65 9225 1684
* Telefon: +65 6743 5321
* Laman web: www.noormohamad.com
Harga dan jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan serta pengesahan tempahan.