Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Utamakan ketenangan jemaah semasa jalani ibadah haji

Nov 2, 2024 | 5:30 AM
Rombongan haji Thoha Travels & Tours pada 2024. Gambar ini dirakamkan selepas jemaah melaksanakan ibadah haji.
Rombongan haji Thoha Travels & Tours pada 2024. Gambar ini dirakamkan selepas jemaah melaksanakan ibadah haji. - Foto THOHA TRAVELS & TOURS

Jemaah yang menggunakan khidmat syarikat Thoha Travels & Tours untuk pergi Arab Saudi dan menjalankan ibadah haji dan umrah pada 2025 berpeluang menaiki kereta api laju dari Madinah ke Jeddah secara percuma dan tidak perlu membayar dam tamatuk, kata pengarah urusan ejen syarikat itu, Encik Muhd Nazer Monet.

Dam bermaksud denda dan tamatuk bermakna pelaksanaan ibadah haji dengan mendahulukan pelaksanaan ibadah umrah (kemudian baru melaksanakan ibadah haji).

Syarikat itu, yang berpengalaman selama 15 tahun sebagai ejen pelancongan dan menyediakan khidmat menguruskan umrah dan haji, menawarkan dua pakej haji dan 10 pakej umrah bagi 2025.

Dua pakej hajinya ialah Wardah 1 selama 26 hari dan Wardah 2 selama 19 hari.

Ia juga menyediakan 10 pakej umrah dari Januari 2025 hingga Disember 2025, dengan jemaah diberikan insurans perjalanan percuma dengan harga pakej yang disediakan bermula daripada $4,300 seorang.

Jemaah umrah juga boleh memilih melanjutkan perjalanan ke negara kedua – Turkey atau Mesir.

Meredakan keprihatinan melawat ke Timur Tengah yang sedang dilanda persengketaan di Palestin dan Lebanon, Encik Muhd Nazer berkata pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga demi memastikan jemaah tenang dan selesa.

Ini termasuk sentiasa memantau keadaan di sana, berhubungan dengan pihak berkuasa bagi mengelak laluan perjalanan yang terdedah kepada bahaya.

Syarikatnya juga akan mendapatkan pembimbing kerohanian tambahan dan mewujudkan komunikasi aktif untuk menjaga ketenangan jemaah, tambahnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jenis penginapan yang ditawarkan syarikatnya, Encik Muhd Nazer berkata beliau mengutamakan beberapa perkara untuk jemaah, termasuk memilih tempat strategik yang dekat dengan Masjidil Haram atau Masjid Nabawi untuk memudahkan jemaah pergi ke masjid.

Tempat penginapan pula akan dipastikan bersih, nyaman dan dilengkapi dengan peralatan penting dan beberapa variasi makanan halal yang terjamin mutunya, tambahnya.

‘‘Semua usaha ini diharap akan memastikan jemaah tenang melakukan ibadah dan nyaman sepanjang mereka di sana,’’ kata Encik Muhd Nazer.

Sejak 2009, Thoha Travels & Tours menyediakan pakej umrah dan haji serta pakej percutian dan lawatan secara bebas, atau ‘free and easy’.

Ia komited dengan memahami keperluan pelanggan dan memberikan pengalaman yang selesa, selamat dan bermakna, selaras dengan cogan kata syarikat, iaitu Khidmat Memuaskan, Fikiran Tenang,’’ kata Encik Muhd Nazer lagi.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian +65 6297-7034 atau +65 9451-5473. Kunjungi pejabat syarikat di 55 Changi Road, Millage #02-02 Singapura 419709. E-mel kepada nur.thohatravels@gmail.com

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg