Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian bakal temu PM Qatar untuk kongsi pendapat situasi Gaza

Mar 15, 2024 | 8:20 PM
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan (gambar) bakal mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Luar Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Al Thani untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau, khususnya situasi di Gaza.
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan (gambar) bakal mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Luar Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Al Thani untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau, khususnya situasi di Gaza. - Foto MCI

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, bakal mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Luar Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Al Thani, semasa lawatan kerjanya ke Qatar pada 15 Mac.

Pertemuan kededua pemimpin itu bertujuan bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau, khususnya situasi di Gaza, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Dalam satu kenyataannya pada 15 Mac, kementerian itu berkata: “Qatar memainkan peranan penting dengan rakan serantau lain dalam mencari kemungkinan gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan.”

Singapura dan Qatar, secara dua hala, menjalin hubungan yang sangat mesra dengan beberapa pertukaran peringkat tinggi antara kededua negara baru-baru ini.

Ini termasuk lawatan rasmi Sheikh Mohammed ke Singapura pada Ogos 2023 dan kemudian lawatan negara mantan Presiden Halimah Yacob ke Qatar pada Jun 2023. 

MFA menambah bahawa Singapura dan Qatar, sebagai negara kecil, berkongsi kepentingan bersama dan bekerjasama dalam bidang seperti perdagangan, pelaburan dan tenaga.

Pada 16 Mac, Dr Vivian bakal bertolak dari Doha, Qatar ke Amman, Jordan, kata kementerian itu lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg