Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian lawat Jakarta perkukuh kerjasama dengan Indonesia

Apr 22, 2024 | 8:21 PM
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan membuat lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia pada 23 hingga 26 April 2024. 
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan membuat lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia pada 23 hingga 26 April 2024.  - Foto fail

Menteri Enwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan membuat lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia pada 23 hingga 26 April 2024.

Lawatan itu menggariskan persahabatan dan kerjasama erat antara Singapura dengan Indonesia selama ini, dan mencerminkan hasrat bersama mengukuhkan lagi kerjasama.

Semasa lawatan tersebut, Dr Balakrishnan akan dihos oleh Menteri Ehwal Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi.

Beliau juga akan mengunjungi Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo.

Di samping itu, beliau dijadualkan bertemu Presiden Dipilih dan Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto; Menteri Penyelaras Ekonomi, Encik Airlangga Hartarto; Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Encik Sandiaga Uno; dan Menteri Hal Ehwal Agraria dan Perancangan Ruang, Encik Agus Harimurti Yudhoyono.

Dr Balakrishnan akan juga bertemu mantan Presiden, Encik Susilo Bambang Yudhoyono dan mantan Presiden, Cik Megawati Soekarnoputri.

Beliau akan diiringi pegawai dari Kementerian Ehwal Luar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg