Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ahli politik antara individu terima surat peras ugut, gambar tidak senonoh

Apr 20, 2024 | 7:44 PM
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, ialah antara 70 orang yang menerima surat peras ugut yang mengandungi gambar lucah yang diubah pada Mac dan April 2024.
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, ialah antara 70 orang yang menerima surat peras ugut yang mengandungi gambar lucah yang diubah pada Mac dan April 2024. - Foto fail

Beberapa ahli politik merupakan antara puluhan orang di Singapura yang telah menerima surat peras ugut dengan gambar yang dimanipulasi.

Menteri Ehwar Luar Dr Vivian Balakrishnan; Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Dr Tan Wu Meng; dan AP GRC Holland-Bukit Timah, Encik Edward Chia; menerbitkan siaran media sosial pada 20 April berkenaan kejadian itu, dan mengatakan bahawa mereka telah membuat laporan polis.

Encik Chia berkata beliau telah menerima “foto yang tidak menyenangkan” di mana wajahnya telah dimanipulasi secara digital, disertai dengan peras ugut.

Dr Tan pula berkata polis sedang menyiasat kejadian tersebut.

Pada 19 April, The Straits Times melaporkan lebih 70 orang menerima surat peras ugut yang mengandungi gambar lucah mereka yang diubah pada Mac dan April 2024.

Surat itu dihantar ke tempat kerja penerima dan memberi amaran akan ada akibatnya jika mereka tidak menghubungi alamat e-mel yang diberikan, kata polis.

Dr Balakrishnan, yang juga AP GRC Holland-Bukit Timah, merujuk kepada kenyataan polis dalam hantaran di media sosial Facebooknya.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai “amat buruk”, dan “sangat bertentangan dengan nilai dan amalan baik yang kita cuba terapkan dalam masyarakat kita”.

“Dalam zaman ‘deepfake’ dan penipuan, kita mesti mengambil pendirian kolektif yang kuat terhadap kelakuan sedemikian,” kata Dr Balakrishnan.

‘Deepfake’ adalah satu teknik untuk merubah rupa paras pada gambar ataupun video menggunakan gambar asli menggunakan kaedah tindan wajah.

Sementara itu, Encik Chia berkata walaupun bukan perkara luar biasa bagi tokoh awam menghadapi penipuan peras ugut, peningkatan populariti ‘deepfake’ menjadikannya lebih sukar untuk membezakan realiti daripada rekaan.

“Dengan peralatan yang tersedia, sesiapa sahaja boleh mencipta kandungan palsu dalam beberapa minit,” kata Encik Chia.

“Ini boleh menimbulkan ancaman besar kepada fabrik sosial kita. Jika tidak dikawal, ini boleh menjejas nama baik kita dan orang yang kita sayangi,” katanya.

Dr Tan berkata beliau tidak mahu membuat spekulasi mengenai siapa pelakunya dan lokasi mereka, dan sebab mengapa tindakan sedemikian berlaku sekarang pada “masa yang sangat penting dalam sejarah Singapura”.

“Namun, saya akan katakan ini: Kami tidak takut. Dan kami tidak akan biarkan sesiapa menakut-nakutkan kami atau menghalang kami daripada menjalankan tugas kami,” kata Dr Tan.

“Dalam zaman ‘deepfake’ (pemalsuan) dan penipuan, kita mesti mengambil pendirian kolektif yang kuat terhadap kelakuan sedemikian.”
Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Ehwal Luar.

“Dengan peralatan yang tersedia, sesiapa sahaja boleh mencipta kandungan palsu dalam beberapa minit. Ini boleh menimbulkan ancaman besar kepada fabrik sosial kita. Jika tidak dikawal, ini boleh menjejas nama baik kita dan orang yang kita sayangi.”
Encik Edward Chia, Anggota Parlimen GRC Holland-Bukit Timah.

“... saya akan katakan ini: Kami tidak takut. Dan kami tidak akan biarkan sesiapa menakut-nakutkan kami atau menghalang kami daripada menjalankan tugas kami.”
Dr Tan Wu Meng, Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg