Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian, Maliki hadiri Perhimpunan Agung PBB di New York

Sep 17, 2023 | 6:00 PM
BERIKAN KENYATAAN KEBANGSAAN: Dr Vivian Balakrishnan dijangka menyampai kenyataan kebangsaan bagi Singapura dalam Sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 22 September.
BERIKAN KENYATAAN KEBANGSAAN: Dr Vivian Balakrishnan dijangka menyampai kenyataan kebangsaan bagi Singapura dalam Sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 22 September. - Foto EPA-EFE

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, serta Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Maliki Osman, akan menghadiri Sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 di New York dari 17 hingga 23 September 2023.

Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad, Dr Vivian dijangka menyampaikan kenyataan kebangsaan bagi Singapura di Debat Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 22 September.

Ia menambah, Dr Vivian juga akan menyertai Mesyuarat Pemimpin Perikatan Negara Kepulauan Kecil (AOSIS).

Selain itu, beliau dijadual mengadakan secara bersama acara berkenaan Kecerdasan Buatan untuk Mempercepatkan Kemajuan bagi Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).

Dr Vivian juga akan menandatangani Perjanjian bagi Kepelbagaian Biologi Marin Kawasan Melangkaui Bidang Kuasa Negara (BBNJ), kata MFA.

Menurut kenyataan itu lagi, Dr Maliki pula akan mewakili Singapura pada Sidang Puncak Mesyuarat Persediaan Kementerian Masa Hadapan, Sidang Puncak SDG dan Mesyuarat Menteri Ehwal Luar Komanwel.

Kedua-dua Menteri akan mengadakan beberapa siri pertemuan dua hala dengan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, rakan sejawatan asing dan interlokutor Amerika Syarikat yang berpangkalan di New York.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg