Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Wadah digital baru bantu bank kongsi maklumat pelanggan mencurigakan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wadah digital baru bantu bank kongsi maklumat pelanggan mencurigakan

Apr 01, 2024 | 05:00 PM



Satu wadah digital berpusat yang membolehkan bank berkongsi maklumat secara sukarela antara satu sama lain mengenai pelanggan mencurigakan dilancarkan pada 1 April 2024.

Dalam satu kenyataan akhbar, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan wadah Cosmic – singkatan bagi Perkongsian Maklumat dan Kes Kolaboratif Pengubahan Wang Haram/Pembiayaan Keganasan – bertujuan membantu usaha peringkat sedunia bagi memerangi pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, dan pembiayaan dana seperti pembiayaan senjata pemusnah besar-besaran.

Diumumkan pada 2021, Cosmic dibangunkan bersama oleh MAS dan enam bank – DBS, OCBC, UOB, Citibank, HSBC dan Standard Chartered.

Kesemua bank itu akan menggunakan wadah tersebut pada peringkat permulaan, lapor The Straits Times (ST).


MAS menyatakan perkongsian maklumat di wadah Cosmic memberi tumpuan kepada tiga risiko jenayah kewangan utama dalam perbankan komersial: salah guna syarikat ‘shell’, iaitu syarikat tidak aktif yang digunakan bagi pelbagai gerakan kewangan; salah guna kewangan perdagangan untuk tujuan haram; dan pembiayaan yang menyokong penghasilan senjata pemusnah besar-besaran.

Penggubalan undang-undang yang menetapkan asas dan perlindungan undang-undang bagi perkongsian sedemikian juga berkuat kuasa pada 1 April.

Akta Perkhidmatan dan Pasaran Kewangan 2022 dipinda di Parlimen pada Mei 2023 untuk menetapkan rangka kerja perundangan bagi Cosmic.

Menurut MAS, bank di wadah Cosmic boleh berkongsi maklumat pelanggan antara satu sama lain hanya jika profil atau tingkah laku pelanggan mencurigakan.

Ia menambah bahawa Akta yang dipinda itu memerlukan bank melindungi kerahsiaan maklumat yang dikongsi.

Ini membolehkan bank berkongsi maklumat mengenai tingkah laku jenayah yang mungkin berlaku, dan pada masa sama, melindungi kepentingan kebanyakan pelanggan yang sah.

Ia menasihatkan pelanggan supaya memberi jawapan secepatnya jika diminta oleh bank untuk menjelaskan profil risiko atau transaksi mereka, supaya bank boleh membuat penilaian risiko dengan baik.

Jurucakap MAS menyatakan urus niaga komersial, peribadi atau perniagaan yang sah tidak akan mengakibatkan perkongsian maklumat pelanggan di Cosmic.

Beliau menambah adalah tidak wajar mereka yang berada dalam senarai pelanggan mencurigakan dimaklumkan, kerana ia akan membuat bakal penjenayah menyedari tindakan bank, menyebabkan mereka menutup jejak kegiatan mereka, dan menyukarkan usaha membanteras kegiatan mereka.

Menekankan faedah wadah baru itu, timbalan ketua amalan undang-undang jenayah di firma guaman Drew & Napier, Encik Adam Maniam, berkata pengubahan wang haram biasanya dilakukan secara tidak berpusat.

Dana haram pula biasanya tersebar merentasi pelbagai institusi dan negara untuk mengurangkan risiko dikesan.

“Walaupun Cosmic menyediakan permulaan baik untuk membantu memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Singapura, kegiatan haram sedemikian sering melibatkan urus niaga rentas sempadan, yang Cosmic mungkin sukar mengesan,” jelas Encik Maniam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >