Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MAS denda 17 firma libat pengubahan wang haram, biaya pengganasan

Jul 6, 2023 | 5:18 PM
SIASAT: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menjalankan 20 siasatan berhubung pengubahan wang haram dan membiayai pengganasan dari 1 Jun 2018 hingga 23 Jun 2023.
SIASAT: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menjalankan 20 siasatan berhubung pengubahan wang haram dan membiayai pengganasan dari 1 Jun 2018 hingga 23 Jun 2023. - Foto fail

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengenakan denda ke atas 17 institusi kewangan kerana melanggar undang-undang Singapura terhadap pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan sepanjang lima tahun lalu.

Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Rabu bahawa terdapat 20 siasatan dari 1 Jun 2018 hingga 23 Jun 2023. Beliau menjawab soalan oleh Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast).

Beliau juga berkata wadah Cosmic baru yang diumumkan pada April, akan siap pada separuh kedua 2024.

Syarikat dalam wadah itu boleh berkongsi maklumat tentang pelanggan yang mencurigakan, dan melaporkan tingkah laku yang meragukan lebih awal dan dengan lebih tepat kepada pihak berkuasa.

Berkenaan peraturan antipengubahan wang haram dan antipembiayaan keganasan Singapura, Encik Tharman berkata MAS bukan sahaja mempunyai keperluan ketat sejajar dengan piawaian antarabangsa, tetapi ia juga menyelia institusi kewangan secara aktif untuk memastikan mereka mematuhi keperluan dan jangkaan.

Antara 17 firma yang dikenakan hukuman, satu telah dibatalkan lesennya manakala 14 lagi didenda.

Dua lagi institusi kewangan telah diberi teguran.

Antara 14 yang didenda ialah DBS Bank, OCBC Bank dan Citibank Singapore, bersama syarikat insurans Swiss Life Singapore.

Mereka telah terlibat dalam skandal Wirecard dan didenda $3.8 juta pada Jun, kerana gagal mematuhi peraturan, dan juga dianggap mempunyai kawalan yang tidak mencukupi.

Encik Tharman menegaskan bahawa kerjasama aktif dalam kalangan institusi kewangan, MAS dan penguatkuasaan undang-undang adalah penting dalam memerangi jenayah kewangan.

MAS dan Jabatan Hal Ehwal Komersial bekerjasama rapat dengan firma utama untuk berkongsi analisis risiko yang muncul, serta maklumat mengenai kes tertentu.

Encik Tharman berkata: “Perkongsian ini telah membantu dalam mengenal pasti akaun dan kegiatan yang mencurigakan, dan telah membawa kepada penyiasatan.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg