‘Wajah’ Jauhari
Nov 8, 2023 | 3:01 PM
WARTAWAN BOLEH, HOS PUN BOLEH: Koresponden BH, Siti Aisyah Nordin, tampak manis dengan kebaya biru ditaja syarikat, With Love, Yumi. - Foto BH
Koresponden Siti Aisyah Nordin telah menjadi hos majlis Anugerah Jauhari sejak 2018, mencerminkan kepelbagaian bakat yang ada dalam bilik berita akhbar ini.
Bagi majlis tahun ini, kebaya biru yang dipakai Aisyah, yang kini menerajui penerbitan kandungan Berita Harian (BH) bagi audiens muda, ditaja syarikat, With Love, Yumi.
Firma penyedia pakaian pengantin itu diasaskan oleh Cik Yumi Ayummi, yang namanya semakin mekar dalam kalangan bakal mempelai.
Laporan berkaitan
Dari bisnes di flat 4 bilik, usahawan kerjasama dengan hotel mewahOct 5, 2023 | 5:46 PM
Malam Jauhari raikan kecemerlanganNov 8, 2023 | 11:04 AM

