Demi anak-anaknya, Cik Eve Sewell bertungkus-lumus belajar bahasa asing – bahasa Melayu.

Cik Eve, ibu tiga anak, tampil santai dalam satu wawancara dalam talian dengan Berita Harian (BH), berkongsi tentang perjalanan beliau dalam mempelajari bahasa tersebut.