Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Wanita dijel 20 bulan tipu rakan serumah agar pinjamkan lebih $400,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dijel 20 bulan tipu rakan serumah agar pinjamkan lebih $400,000

Feb 06, 2024 | 06:53 PM



Seorang wanita memalsukan pelbagai dokumen, termasuk surat bank dan peguam, supaya dia kelihatan kaya sekadar helah untuk memperdaya rakan serumahnya untuk meminjamkan wang kepadanya.

Termakan helahnya, rakan serumah Tjheng A Liem, 47 tahun, meminjamkannya wang sebanyak 72 kali dari Mac hingga April 2022, yang kesemuanya berjumlah lebih 4.6 bilion rupiah ($393,400) dan $10,000.

Pada 6 Februari, Tjheng, seorang warga Indonesia, dijatuhi hukuman penjara 20 bulan.

Dia mengaku bersalah pada November 2023 atas lima tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen tulen.

Tjheng sudah pun memulangkan wang lebih 4.6 bilion rupiah kepada mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Edwin Ho berkata, mangsa, seorang lelaki berusia 61 tahun, mengenali Tjheng kerana mereka tinggal di unit yang sama di People’s Park Complex, Chinatown.

Selepas mereka berkawan, Tjheng memberitahu mangsa bahawa dia mempunyai lebihan wang hasil penjualan sebuah flat dan penjualan saham miliknya dalam sebuah syarikat logistik.

Dia berbohong bahawa dia memiliki sebuah unit kondominium dan akaun banknya dibekukan oleh pihak berkuasa disebabkan cukai tertunggak yang belum dilunaskan.

Pihak pendakwaan berkata Tjheng menyampaikan cerita itu kepada rakan serumahnya, yang dipercayainya sebagai seorang mudah ditipu dan supaya dia dianggap kaya.

Tjheng kemudian meminta rakannya meminjamkan wang kepadanya kerana dia mempunyai hutang peribadi yang perlu dibayar, selain perlu membantu anak perempuannya yang dikatakan menghadapi masalah dengan pihak berkuasa di Batam.

Mangsa mempercayai pembohongan itu dan sanggup membantu dengan harapan mereka akan menjalankan perniagaan bersama pada suatu hari, kata DPP.

Untuk membuat mangsa terus percaya bahawa dia kaya dan terus memberinya wang pinjaman, Tjheng mengarahkan seorang individu di Indonesia dikenali sebagai “Lukito” supaya membantunya memalsukan beberapa dokumen.

Antara Januari dengan April 2022, Tjheng mengarahkan Lukito supaya memalsukan beberapa dokumen, termasuk surat bank dan peguam, serta surat ikatan hak milik yang menunjukkan dia memiliki sebuah unit kondominium.

Dia kemudian menunjukkan dokumen itu kepada mangsa untuk meyakinkannya bahawa dia kaya.

Selepas mangsa meminjamkan wangnya beberapa kali, dia sering memberi alasan supaya menangguhkan pemulangan wang itu, kata pendakwa raya.

Mangsa membuat laporan polis pada September 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >