Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Wanita ikut kata teman lelaki buka akaun bank untuk tipu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita ikut kata teman lelaki buka akaun bank untuk tipu

Apr 22, 2024 | 06:36 PM



Seorang wanita yang sudah berkahwin menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang dikenali di dalam talian dan kemudian bersetuju membuka akaun bank bagi pihak lelaki itu.

Teman lelaki dalam talian itu, Lim Gek Hong, yang dikenal pasti sebagai ‘Kelvin Lin’, menggunakan akaun tersebut untuk menipu dua orang dalam satu penipuan cinta Internet, dan mangsa kehilangan $167,000 secara keseluruhan pada awal 2023.

Pada 22 April, Lim, 50 tahun, dijatuhi hukuman penjara tujuh minggu selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan menipu.

Pihak pendakwa berkata Lim tidak melakukan penipuan itu tetapi membantu Lin dengan memperdaya bank untuk mempercayai bahawa Lim adalah pemilik tunggal akaun tersebut.

Tanpa mendedahkan butiran tentang hubungan pasangan tersebut dan bagaimana mereka bertemu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Cik Eunice Chew, beritahu mahkamah bahawa pada November 2022, Lin menyuruh Lim membuka akaun bank kerana dia dikatakan tidak boleh berbuat demikian di Singapura.

DPP menambah: “Tertuduh pada mulanya menolak tetapi akhirnya mengalah kerana perasaannya terhadap lelaki itu.”

Pada 17 Disember 2022, Lim buka akaun dan tidak memaklumkan bank bahawa Lin akan menggunakannya.

Dia kemudian pergi ke sebuah tempat makan di Jurong dan menyerahkan kad bank yang dikaitkan pada akaun itu yang kemudian digunakan untuk penipuan cinta.

Pada 22 April, pendakwa menyuruh mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehingga 12 minggu kepada Lim, sambil menambah bahawa dia pada mulanya dijangka mengaku bersalah pada 13 Februari.


Tetapi, dia gagal hadir di mahkamah dan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.


Polis berupaya menghubunginya pada 27 Mac dan dia menyerah diri kepada pihak berkuasa lima hari kemudian.


Bagi kesalahan menipu, seorang pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >