Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wardah Books derma sebahagian hasil jualan bantu mangsa di Gaza

Mar 11, 2024 | 5:55 PM

Wardah Books akan menderma sebahagian daripada hasil jualan mereka sepanjang Ramadan untuk membantu mangsa perang di Gaza melalui kerjasama dengan Mercy Relief.
Wardah Books akan menderma sebahagian daripada hasil jualan mereka sepanjang Ramadan untuk membantu mangsa perang di Gaza melalui kerjasama dengan Mercy Relief. - Foto fail ST

Kedai buku terkenal, Wardah Books, akan menderma sebahagian daripada hasil jualan mereka sepanjang Ramadan untuk membantu mangsa perang di Gaza.

Dihubungi Berita Harian, pengasas Wardah Books, Encik Ibrahim Tahir, berkata sumbangan tersebut akan diberikan melalui Mercy Relief.

“Saya rasa amat penting untuk membantu dengan situasi kemanusiaan yang berlaku sekarang di Gaza,” kata Encik Ibrahim.

Beliau berkata, sebelum ini pun Wardah Books pernah menderma untuk membantu mangsa Gaza, namun ia tidak diumum kepada khalayak ramai.

Kali ini, bagi kerjasama dengan Mercy Relief, Wardah Books menguar-uarkannya kepada orang ramai kerana mahu “menggalakkan orang ramai meningkatkan kesedaran mereka”, tambahnya.

Dalam surat berita yang dihantar kepada pelanggan, Wardah Books turut berkongsi niat menderma sebahagian hasil jualan pada Ramadan 2024 bagi membantu meringankan krisis makanan yang teruk di Gaza.

Sumbangan itu akan disalurkan kepada Dana Harapan bagi Gaza, Tebing Barat dan Pelarian Palestin Mercy Relief.

Dana itu bertujuan menyediakan pek makanan siap sedia dan kit kebersihan kepada penduduk di Gaza, serta makanan panas kepada individu di Kem Pelarian Rafah.

Selain surat berita tersebut, ia bercadang menguar-uarkan usaha itu melalui media sosial.

Encik Ibrahim enggan mendedahkan peratusan hasil jualan yang bakal disumbangkan, namun berkata ia merangkumi keseluruhan jualan sama ada melalui wadah dalam talian atau fizikal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg