Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Warga asing terbabit dalam kes ubah wang haram terbesar di S’pura dikena 11 tuduhan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga asing terbabit dalam kes ubah wang haram terbesar di S’pura dikena 11 tuduhan

Jan 31, 2024 | 04:29 PM



Salah seorang daripada 10 warga asing yang terbabit dalam kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura, Su Wenqiang, dikenakan tujuh tuduhan pada 29 Januari dan dua lagi tuduhan pada 31 Januari.


Wenqiang, 31 tahun, yang berasal dari China dan memegang pasport dari Kemboja dan Vanuatu, kini menghadapi 11 tuduhan secara keseluruhan.

Menurut salah satu tuduhan baru itu, Wenqiang didakwa membuat kenyataan palsu kepada Pengawal Pas Kerja Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 28 Februari 2022.

Wenqiang menandatangani dan mengisytiharkan dalam permohonan pas kerja bahawa dia akan bekerja sebagai pengarah jualan di syarikat Fleur Business Service (FBS) walaupun tidak berhasrat untuk diambil bekerja di situ.

Menurut tuduhan kedua, Wenqiang didakwa terlibat dengan seorang bernama ‘Wen Wen’ pada Februari 2022 untuk membuat kenyataan palsu kepada Pengawal Pas Kerja bagi mendapatkan pas kerja untuk isterinya, Su Yanping.

Difahamkan bahawa ketika di bawah arahan Wenqiang, Wen Wen telah memohon pas kerja untuk Yanping serta mengisytiharkan dia akan diambil bekerja sebagai pengarah syarikat Ju You Family Office (JYFO) walaupun Wenqiang tidak bercadang untuk Yanping bekerja di sana.

FBS dan JYFO didaftarkan pada 2021 dan menurut rekod Penguasa Pengawalan Korporat dan Perakaunan (Acra), kededua syarikat disifatkan sebagai penyedia perkhidmatan perundingan pengurusan.

Wenqiang tidak disenaraikan dalam profil perniagaan FBS tetapi Yanping disenaraikan sebagai pengarah JYFO sejak Februari 2022.

Lapan daripada tuduhan Wenqiang ialah di bawah Akta Rasuah, Penyeludupan Dadah dan Jenayah Berat Lain (CDSA).

Salah satu daripada tuduhan itu mendakwa Wenqiang mendapat sebanyak $601,706 daripada mengendalikan khidmat perjudian dari jauh berpangkalan di Filipina yang menyalahi undang-undang dan menyasarkan orang di China.

Tujuh tuduhan CDSA yang lain mendakwanya menggunakan kira-kira $976,700 daripada hasil haram itu untuk membayar kereta Mercedes-Benz AMG C63S, beg, barang kemas dan alkohol, serta membayar sewa untuk hartanah dan kondominium.

Di samping itu, Wenqiang menghadapi satu tuduhan memiliki sijil perkahwinan palsu dari China yang menyatakan dia telah mendaftarkan perkahwinannya dengan Yanping pada 20 Mei 2018, walaupun tiada pendaftaran sedemikian dibuat.

Wenqiang ialah salah seorang daripada 10 warga asing yang ditahan pada 15 Ogos 2023, dalam siasatan antipengubahan wang haram terbesar di Singapura dengan lebih daripada $3 bilion aset kini dirampas.

Permohonan ikat jamin Wenqiang ditolak pada 2 November 2023.

Menurut perbicaraan mahkamah lalu, Wenqiang tiba ke Singapura pada 2021 bersama isteri dan anak-anaknya, berusia lima dan enam tahun, kerana mahu anak-anaknya mendapatkan pendidikan di sini.

Pegawai Siasatan Kanan (SIO) Francis Lim dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) berkata dalam afidavit bahawa Wenqiang telah dikehendaki oleh pihak berkuasa China kerana melakukan kegiatan perjudian dalam talian haram sejak 2017.

SIO Lim menambah bahawa Wenqiang direkrut menjadi eksekutif dalam satu perniagaan loteri yang beroperasi dari Filipina dan Kemboja. Dia dibayar secara tunai.

Wenqiang dan rakan sejenayahnya berkomunikasi melalui kumpulan WhatsApp dan Telegram untuk membincangkan operasi mereka, termasuk memindahkan dana daripada laman web perjudian merentas sempadan, kata SIO Lim.

Ketika menolak permohonan ikat jamin Wenqiang, Hakim Daerah Brenda Tan berkata dia tidak mempunyai kehidupan yang mendalam di Singapura kerana dia bukan warga Singapura mahupun penduduk tetap di sini. Ahli keluarganya ialah warga asing.

Wenqiang akan kembali ke mahkamah untuk persidangan praperbicaraan pada 1 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >