Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas 71 tahun ditahan kerana didakwa cederakan pegawai polis di Teck Whye

Aug 30, 2023 | 5:29 PM
DITANGKAP DI KEDAI KOPI: Dua pegawai polis sedang menggari seorang lelaki berusia 71 tahun.
DITANGKAP DI KEDAI KOPI: Dua pegawai polis sedang menggari seorang lelaki berusia 71 tahun. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK DINGDINGCHEW

Seorang lelaki berusia 71 tahun diberkas pada Ahad kerana didakwa mencederakan dua pegawai polis di Teck Whye Lane.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), polis berkata mereka terima panggilan bantuan kira-kira 7 malam di Blok 143 Teck Whye Lane.

Satu video TikTok yang dimuat naik pengguna dingdingchew menunjukkan dua pegawai polis – seorang lelaki dan seorang wanita – yang sedang menahan lelaki berpakaian biru yang sedang bergelut dan cuba melawan balik apabila sedang digari.

Polis berkata dua pegawai polis itu mengalami kecederaan ringan dan tidak memerlukan bantuan perubatan.

Warga emas itu kemudian diberkas kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja kepada penjawat awam.

Polis berkata siasatan masih dijalankan.

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg