Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Warga emas maut dalam kebakaran flat di Marsiling

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas maut dalam kebakaran flat di Marsiling

Feb 16, 2024 | 12:20 PM



Seorang lelaki berusia 72 tahun maut dalam kebakaran di Blok 4, Marsiling Road pada 15 Februari.

Menurut laporan, The Straits Times (ST), mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tandas unit di tingkat 10 oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) lalu dibawa ke hospital.


Beliau dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat namun meninggal dunia di sana, kata polis.

Menurut SCDF, ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu sekitar 2.20 pagi dan anggota bomba dari Balai Bomba Woodlands memasuki rumah dengan kepulan asap itu secara paksa.

Kebakaran yang memusnahkan ruang tamu flat itu berjaya dipadamkan.

Seorang mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tandas.

Pegawai SCDF membawa mangsa keluar dan memberikan bantuan pernafasan.

Paramedik kemudian tiba dan mengambil alih proses bagi memberikan bantuan pernafasan menggunakan Defibrilator Luaran Automatik (AED).

Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya.

Polis dan SCDF memindahkan kira-kira 35 orang dari unit kejiranan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kebakaran kedua di blok berdekatan, Blok 3, pula berlaku sekitar 1 tengah hari pada hari yang sama, kata SCDF.

Menurut SCDF, kebakaran itu melibatkan barangan yang diletakkan di luar unit di tingkat sembilan, dan kebakaran berjaya dipadamkan sebelum SCDF tiba.

Polis dan SCDF memindahkan sekitar 10 orang dari blok itu.

Dalam satu hantaran Facebook pada 15 Februari, Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamad, mengucapkan salam takziah kepada mangsa yang meninggal dunia dan “berjanji akan memberi sokongan penuh” kepada keluarga mangsa.







Encik Zaqy berkata sukarelawan Akar Umbi Marsiling sedang membantu penduduk yang terjejas, termasuk menghulurkan bantuan kewangan dan memberi bantuan daripada Dana Bantuan Kecemasan Majlis Pembangunan Masyarakat North West.

Beliau menambah: “Tragedi ini adalah peringatan nyata kepada kita supaya mengutamakan nilai siap siaga dalam setiap rumah dan sentiasa berwaspada bagi memastikan keselamatan orang tersayang.”

Pada Februari 2023, ST melaporkan lebih ramai orang maut dalam kebakaran pada 2022, walaupun jumlah kebakaran turun daripada 1,844 pada 2021 kepada 1,799 pada 2022.

Terdapat enam kematian akibat kebakaran pada 2022, meningkat daripada empat pada 2021, kata SCDF dalam laporan perangkaan tahunannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >