Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ladang ikan dekat Pulau Tekong terbakar, tiada cedera

Jan 23, 2024 | 7:04 PM
TEMPAT KEJADIAN: Kebakaran di ladang ikan luar pesisir berhampiran Pulau Tekong yang melibatkan generator berlaku kira-kira 11.50 malam.
TEMPAT KEJADIAN: Kebakaran di ladang ikan luar pesisir berhampiran Pulau Tekong yang melibatkan generator berlaku kira-kira 11.50 malam. - Foto ZAOBAO

Seramai 13 orang telah dipindahkan selepas sebuah ladang ikan luar pesisir berhampiran Pulau Tekong terbakar pada petang 21 Januari.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), kebakaran melibatkan generator di ladang ikan itu berlaku kira-kira 11.50 malam.

SCDF menggunakan alat penyembur air dari kapal bomba tindakan pantasnya (RFV) untuk memadamkan api.

Seramai 13 orang yang berada di ladang ikan itu telah dipindahkan oleh Pengawal Pantai Polis (PCG) sebelum SCDF tiba.

Tiada kecederaan dilaporkan. Punca kebakaran masih disiasat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg