Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga Indonesia beratur panjang di kedutaan di S’pura bagi buang undi

Feb 11, 2024 | 4:33 PM
Pengundi tiba dan mula beratur seawal jam 6 pagi untuk membuang undi awal di Kedutaan Indonesia di Singapura yang terletak di Chatsworth Road sempena Pilihan Raya Presiden Indonesia.
Pengundi tiba dan mula beratur seawal jam 6 pagi untuk membuang undi awal di Kedutaan Indonesia di Singapura yang terletak di Chatsworth Road sempena Pilihan Raya Presiden Indonesia. - Foto ST

Ribuan warga Indonesia berpusu-pusu ke Kedutaan Indonesia pada 11 Februari untuk membuang undi bagi seorang presiden baru, menjelang Pilihan Raya Presiden negara itu yang bakal berlangsung pada 14 Februari.

Jurugambar The Straits Times (ST) merakamkan para pengundi tiba seawal 6 pagi meskipun pengundian hanya bermula 8 pagi di kedutaan yang terletak di Chatsworth Road itu.

Antara yang kelihatan hadir adalah Duta Besar Republik Indonesia ke Singapura, Encik Suryo Pratomo, berserta isterinya, Cik Noeri Widowati.

Terdapat juga mereka yang berkerusi roda yang dilihat enggan terlepas peluang untuk menjalankan kewajipan mengundi.

Langkah keselamatan dilihat dijalankan sebelum pengundi dibenar masuk untuk membuang undi masing-masing.

Dengan pilihan raya presiden Indonesia hanya beberapa hari lagi, calon Encik Anies Baswedan, Encik Prabowo Subianto dan Encik Ganjar Pranowo bersama pasangan kempen masing-masing menamatkan kempen berbulan-bulan mereka pada 10 Februari di Jakarta dan Semarang.

Masing-masing menyeru penyokong untuk mengundi mereka dan mengulangi janji kempen yang akan menentukan hala tuju ekonomi terbesar Asia Tenggara itu dalam tempoh lima tahun akan datang, jika salah seorang mereka mendapat jawatan presiden.

Jika peratusan keluar mengundi pada 14 Februari menunjukkan tiada calon memperoleh lebih daripada 50 peratus undi, pusingan kedua pemilihan akan diadakan pada Jun.

Presiden dan naib presiden baru akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Oktober 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg