Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Menteri kanan bela Jokowi di tengah dakwaan campur tangan politik

Feb 09, 2024 | 01:00 PM



JAKARTA: Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Encik Luhut Pandjaitan, yang juga sekutu lama dan kuat Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, atau Jokowi, tampil membela pemimpin popular itu.


Pembelaan itu berlaku di tengah-tengah badai kritikan, menolak dakwaan campur tangan politik untuk cuba mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Presiden negara itu yang dijadual pada 14 Februari.

Dalam satu temu bual yang disiarkan pada 7 Februari, Encik Luhut mengesahkan Presiden Indonesia itu menyokong mantan pesaingnya, Encik Prabowo Subianto, sebagai calon yang berkemungkinan besar meneruskan agendanya selepas sedekad berkuasa.

Encik Jokowi, yang tidak boleh memohon pemilihan semula sebagai presiden dan tidak menyokong calon secara jelas, menghadapi dakwaan semakin meningkat mengenai pelanggaran etika dan campur tangan menjelang pilihan raya.

Ia termasuk keputusan saat akhir mahkamah untuk menukar peraturan pilihan raya bagi membenarkan anak lelakinya, Encik Gibran Rakabuming Raka, menjadi pasangan calon Encik Prabowo.

Namun Encik Jokowi telah menafikannya bulat-bulat.

Encik Luhut berkata tidak ada yang salah dengan keputusan Mahkamah Perlembagaan, yang sebelumnya diketuai Encik Anwar Usman, abang ipar Encik Jokowi.

Hakim telah ditegur oleh panel etika kerana sengaja membenarkan “campur tangan daripada pihak luar”, yang tidak dinamakannya.

“Adakah anda fikir Presiden mungkin mempengaruhi sembilan hakim ini? Jika ya, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan proses pelantikan,” ujar Encik Luhut.

Ditanya mengapa Encik Jokowi menyokong Encik Prabowo, Encik Luhut berkata Presiden Indonesia percaya Encik Prabowo adalah calon sesuai untuk memajukan dasar ekonominya, seperti mewujudkan industri hiliran untuk memproses sumber asli berikutan kejayaan pelaksanaannya ke atas nikel.

“Kesinambungan ini menunjukkan kecintaan Jokowi kepada republik ini. Program semasa adalah kuasa yang akan meningkatkan ekonomi Indonesia,” tegas Encik Luhut.

Pentadbiran lain mungkin menghalang kemajuan yang dicapai di negara kaya sumber itu untuk meningkatkan pendapatan, katanya, sambil menambah bahawa hanya Encik Prabowo yang telah menunjukkan sokongan kuat terhadap dasar hiliran Encik Jokowi.

Walaupun calon pesaing Encik Anies Baswedan telah mengkritik perkembangan pesat pemprosesan nikel, ketiga-tiga calon Presiden berkata mereka akan terus membangunkan industri pemprosesan sumber.

“Ia tidak ada kena-mengena dengan anaknya,” kata Encik Luhut sambil menambah bahawa “adalah munasabah untuk seseorang mahu anaknya menjadi naib presiden”.

Beberapa penganalisis berkata sokongan Encik Jokowi kepada Encik Prabowo dan anak lelakinya, dianggap sebagai satu usaha untuk melindungi legasi dan mengekalkan pengaruh politiknya selepas Encik Jokowi memberi laluan kepada presiden baru pada 2024.

“Saya tidak pernah meragui semangat nasionalisme Encik Prabowo. Saya tidak pernah meragui ketekalannya dan cintanya kepada republik ini,” tambah Encik Luhut. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >