Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Warga Islam S’pura harus terima teknologi baru, sumbang cara ia dimanfaat masyarakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Islam S’pura harus terima teknologi baru, sumbang cara ia dimanfaat masyarakat

Masagos: Daging kultur satu cara teknologi bantu atasi isu ternakan kerana perubahan iklim
Feb 03, 2024 | 09:30 PM



Singapura sangat menitikberatkan teknologi untuk maju tetapi masyarakat Islam di Singapura tidak sahaja harus menerima teknologi baru sebagai kejayaan ekonomi, tetapi juga menyumbang kepada bagaimana ia boleh diberi kepentingan dalam kalangan masyarakat Islam sendiri.

Demikian dikatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada 2 Februari ketika bertemu media pada hari pertama Persidangan Fatwa dalam Masyarakat Kontemporari 2024 di Hotel Park Royal di Beach Road.

Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, menyentuh mengenai daging kultur yang merupakan salah satu teknologi yang disebutkan.

Mengulas tentang kepentingan daging kultur kepada Singapura, beliau berkata: “Disebabkan perubahan iklim, penternakan mungkin tidak akan dapat berlaku lagi jadi kita perlu menghasilkan daging dari makmal. Persoalan yang penting ialah jika ia halal dan bagaimana ia menjadi halal untuk dimakan oleh orang Islam.

“Inilah yang difikirkan oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kerana ia bukan hanya penting untuk orang Islam tetapi penting untuk menempatkan pengeluaran daging tersebut di Singapura sebagai satu kejayaan ekonomi.”

Muis pun telah mengeluarkan fatwa dalam satu kenyataan pada 3 Februari bahawa daging kultur secara amnya halal atau dibenarkan dimakan oleh orang Islam sekiranya ia memenuhi syarat betul.

Menyentuh tentang Persidangan Fatwa dalam Masyarakat Kontemporari 2024, Encik Masagos berbangga dengan masyarakat Islam di Singapura kerana walaupun ia merupakan golongan minoriti, ia masih dihormati ulama dari Mesir, Jordan, Maghribi, Amerika dan Eropah yang menghadiri persidangan itu.

“Mereka ke sini untuk bersama dengan kami bagi memikirkan isu-isu yang perlu dikeluarkan fatwa demi membimbing masyarakat yang hidup dalam persekitaran sama seperti Singapura, iaitu sebagai minoriti dalam dunia yang terbuka dan sangat berubah dengan secepat masa, serta menyumbang dalam mengejar teknologi dan ilmu.

“Persidangan ini adalah penting bukan hanya untuk asatizah dan pelajar madrasah kita, tetapi untuk masyarakat umum. Kerana satu, ia menunjukkan bahawa Singapura ialah sebuah negara yang dihormati hingga dikunjungi oleh ulama yang tersohor dari merata dunia.

“Kedua, persidangan ini juga perlu bagi masyarakat umum mengetahui bagaimana fatwa itu dikeluarkan, bagaimana ia harus diterapkan dan bukan sesuatu yang tanpa proses dan pemikiran yang mendalam,” jelas Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >