Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S’pura 76 tahun hilang di kawasan Everest

Sep 28, 2024 | 6:09 PM
Encik Harry Tan, 76 tahun, hilang berhampiran laluan Kongma La di Nepal, selatan Khemah Induk Everest.
Encik Harry Tan, 76 tahun, hilang berhampiran laluan Kongma La di Nepal, selatan Khemah Induk Everest. - Foto REUTERS

Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga Singapura yang hilang di berdekatan Gunung Everest sedang dijalankan.

Catatan di dalam talian menyatakan Encik Harry Tan, 76 tahun, dilapor hilang berhampiran Laluan Kongma La di Nepal, yang terletak di selatan Kem Induk Gunung Everest.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata pihaknya sedang berhubung rapat dengan keluarga Encik Tan, serta pihak berkuasa tempatan di Nepal, melalui Suruhanjaya Tinggi Singapura di New Delhi.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa MFA akan terus memantau perkembangan dan memberi sokongan konsular kepada keluarga Encik Tan.

Menurut maklumat dalam talian, Laluan Kongma La ialah laluan trek mencabar di altitud tinggi. Ia menawarkan pemandangan Gunung Everest dan merupakan sebahagian daripada Trek Tiga Laluan yang memerlukan sekitar dua hingga tiga minggu perjalanan untuk dilengkapkan.

Encik Raj Tamang, 58 tahun, warga Nepal yang dibesarkan di Singapura, memberitahu ST beliau mendapat tahu tentang apa yang berlaku pada Encik Tan pada 26 September.

Pada 2019, mereka pernah melakukan pendakian ke Kem Induk Gunung Everest bersama. 

Encik Tamang berkata Encik Harry seorang yang amat cergas dan prihatin tentang penjagaan kesihatan.

Encik Tamang berkata Encik Harry adalah sumber inspirasi baginya.

“Saya berharap untuk terus melakukan ‘trekking’ sehingga usia 80-an dan Harry antara mereka yang memberi saya ispirasi,” katanya.

Pada Mei 2023, seorang warga Singapura berusia 39 tahun hilang selepas mendaki ke puncak Gunung Everest.

Di puncak gunung itu, beliau memberitahu isterinya menerusi pesanan mesej menggunakan telefon satelit bahawa beliau telah mengalami penyakit altitud tinggi yang teruk, iaitu edema serebrum.

Beliau gagal turun dari puncak dan pasukan mencari dan menyelamat gagal menemuinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg