Kementerian Kewangan (MOF) sedang mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada orang ramai untuk belanjawan akan datang, yang dijadualkan dibentangkan pada Februari 2024.
Belanjawan Singapura disediakan untuk setiap tahun kewangan yang bermula pada 1 April dan berakhir pada 31 Mac tahun berikutnya.
Belanjawan termasuk unjuran hasil dan perbelanjaan pemerintah yang disemak untuk tahun kewangan semasa, serta anggaran untuk tahun kewangan yang akan datang.
Individu, organisasi dan perniagaan boleh memberikan input mereka dari 4 Disember 2023 hingga 26 Januari 2024.
Dalam satu kenyataan pada 4 Disember, MOF menyenaraikan tema dan soalan berikut untuk maklum balas dan cadangan:
Input boleh diberikan melalui beberapa saluran – laman Belanjawan Singapura, laman mikro Reach Budget 2024, halaman Facebook Reach Singapore, akaun Instagram Reach Singapore, dan laman Ask Kopi Kakis #shareyourviews Persatuan Rakyat (PA).
Unit maklum balas pemerintah, Reach, juga akan menganjurkan Listening Points – gerai maklum balas mudah alih untuk rakyat Singapura memberikan pandangan mereka secara peribadi.
PA dan pertubuhan akar umbinya juga akan mendekati rakyat Singapura di kawasan perumahan. Butiran akan dikemas kini secara berperingkat pada halaman web PA setelah disahkan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg