Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S’pura kini boleh elak beratur di imigresen Korea Selatan

Dec 23, 2025 | 6:16 PM
Singapore, South Korea, immigration, clearance, auto-gate
Pendaftaran untuk memasuki Korea Selatan tanpa beratur hanya tersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. - Foto PEMBACA ST

Warga Singapura kini boleh elak daripada beratur di imigresen di lapangan terbang Korea Selatan berikutan peluasan sistem pelepasan imigresen automatik negara itu.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 23 Disember, Kedutaan Singapura di Seoul berkata sistem gerbang automatik (e-gerbang) perkhidmatan kemasukan pintar kini tersedia untuk warga Singapura berusia 17 tahun dan ke atas yang memasuki dan meninggalkan Korea Selatan sejak 1 Disember.

Para pelancong hanya perlu mendaftar sekali di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Setelah mendaftar, pelancong boleh menggunakan e-gerbang dengan serta-merta dan di mana-mana lapangan terbang di Korea Selatan pada kunjungan seterusnya, lapor The Straits Times (ST).

Pendaftaran kini hanya tersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, dengan kemungkinan peluasan ke lapangan terbang lain di Korea Selatan pada masa hadapan.

Pendaftaran itu sah sehingga pasport pelancong tamat tempoh.

Korea Selatan adalah destinasi popular bagi warga Singapura, dengan sekitar 380,000 orang dijangka melawat negara itu pada 2024, menurut Kementerian Luar Negeri Korea Selatan.

Sebelum peluasan sistem pelepasan automatik, warga Singapura perlu beratur di lorong untuk warga asing bagi pemeriksaan imigresen secara manual. 

Pemegang pasport dari Australia, Hong Kong, Jepun, Taiwan dan Britain juga akan dapat memanfaatkan sistem automatik tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg