Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warna-warni baju, kuih Melayu cetus ilham reka sampul Raya BH

Pelukis muda cipta kad Raya sendiri untuk teman sejak 2018, jahit baju Lebaran agar rasa semangat perayaan
Mar 28, 2025 | 4:20 PM
Pelukis yang telah menghasilkan sampul wang BH, Cik Nur Aida Sa’ad, 33 tahun, mendapat inspirasi daripada ciri-ciri kemelayuan seperti kuih, baju Raya dan corak berbunga.
Pelukis yang telah menghasilkan sampul wang BH, Cik Nur Aida Sa’ad, 33 tahun, mendapat inspirasi daripada ciri-ciri kemelayuan seperti kuih, baju Raya dan corak berbunga. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Kreativiti pelukis Singapura, Cik Nur Aida Sa’ad, 33 tahun, kian dimanfaatkan setiap Hari Raya Aidilfitri.

Inilah tempoh keemasan buatnya meluah rasa dan takrifan peribadi mengenai warisan dan khazanah Melayu yang masih dikekalkan hingga ke hari ini.

Cik Aida akan gigih mencorak seni lukisan dan reka bentuk ilustrasi berbekal ilham daripada kuih, makanan, dan amalan tradisional masyarakat Melayu yang diamalkan pada Ramadan dan Syawal.

Pada Ramadan 2025, Cik Aida teruja ditugaskan menghasilkan reka bentuk sampul Raya Berita Harian (BH). 

Lima sampul tersebut akan disertakan bersama naskhah Berita Minggu (BM) pada 30 Mac.

Dengan menetapkan matlamat sampul ini boleh digunakan bila-bila masa sahaja selain Hari Raya, keindahannya terletak pada motif Melayu seperti corak berbunga pada ungkapan, ‘Setulus Ikhlas’ dan dengan hiasan corak songket. 

“Saya cuba menghasilkan sesuatu yang menarik dan ceria sempena Hari Raya, menggunakan warna yang terang.

“Sampul wang ini tidak semestinya kelihatan ‘old school’ (tradisional) ataupun moden, tetapi ia melambangkan takrifan peribadi saya tentang musim perayaan Lebaran,” kata Cik Aida.

Beliau sudah mula mencipta kad Raya sendiri, yang dikirimkan kepada rakan-rakannya serata Singapura melalui pos sejak 2018.  

Sudah sekitar lapan tahun Cik Aida terlibat dalam dunia seni.

Dengan bersemangat, beliau meneroka pelbagai karya termasuk mural, reka bentuk pentas, dan baju Raya, demi mengasah kemahirannya. 

“Setiap tahun, saya akan menjahit baju Raya saya sesudah mendapat inspirasi daripada makanan dan minuman kegemaran orang Melayu.

“Ia sudah menjadi satu kebiasaan bagi saya untuk tampilkan sesuatu yang unik,” ujar Cik Aida. 

Berbekal misi peribadi untuk memasyarakatkan warisan Melayu, beliau menggabungkan reka bentuk tradisional dan moden.

Di samping dapat mengekalkan cintanya pada budaya Melayu, usahanya itu diharap dapat turut menjadikan generasi muda ikut terdorong sama.

Baru-baru ini, Cik Aida turut ditugaskan menghasilkan lukisan mural di Kolam Renang Yan Kit sekitar Tanjong Pagar, bagi Minggu Seni Singapura. 

“Saya harap saya dapat menggembirakan sesiapa yang melihat karya seni saya,” tambah Cik Aida.  

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg