Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sampul duit Raya Trust motif songket untuk pelanggan

Mar 25, 2025 | 4:19 PM
Pelanggan Trust Bank (Trust) boleh mendapatkan sampul duit Raya Trust di cawangan FairPrice Joo Chiat Complex dan Pusat Pengalaman Trust di FairPrice Xtra Vivocity sehingga 31 Mac.
Pelanggan Trust Bank (Trust) boleh mendapatkan sampul duit Raya Trust di cawangan FairPrice Joo Chiat Complex dan Pusat Pengalaman Trust di FairPrice Xtra Vivocity sehingga 31 Mac. - Foto TRUST

Pelanggan Trust Bank (Trust) boleh mendapatkan sampul duit Raya Trust di cawangan FairPrice Joo Chiat Complex dan Pusat Pengalaman Trust di FairPrice Xtra Vivocity sehingga 31 Mac.

Mereka yang ingin mendapatkan sampul itu perlu menunjukkan aplikasi atau kad Trust.

Empat sampul bakal diperuntukkan selagi stok masih ada.

Trust dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 20 Mac berkata, sampul tersebut mempamerkan motif songket geometri yang elegan, selain menggabungkan unsur tradisi dengan sentuhan kontemporari.

Ketua Pegawai Pemasaran Trust, Cik Mira Bharin, berkata: “Kami seronok mencipta reka bentuk yang berdasarkan tradisi dengan sentuhan moden.

“Kami berharap sampul Raya Trust akan membawa sedikit kegembiraan tambahan dalam perayaan pelanggan kami semasa mereka berkumpul dengan rakan-rakan dan keluarga mereka pada Hari Raya ini.”

Trust adalah bank digital yang disokong dengan kerjasama bank Standard Chartered dan FairPrice Group pada 2022.

Ia menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif, termasuk akaun simpanan dan kad kredit tanpa nombor yang membolehkan pelanggan memilih tarikh pembayaran bil mereka.

Selain itu, pelanggan juga boleh mengirim duit Raya dalam bentuk digital menerusi aplikasi Trust dengan menekan tab ‘Payment’ (pembayaran) dan memilih ‘eDuit Raya’.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg