Warnai Stadium Negara dengan rona merah dan kembalikan sorakan Kallang pada 31 Mac
Warnai Stadium Negara dengan rona merah dan kembalikan sorakan Kallang pada 31 Mac
Daripada mengenakan baju peminat yang disukai selain membuka tempat kunci misteri, hingga menyertai pertandingan sorakan di TikTok, saksikanlah pameran bola sepak bergerak ini. Acara ini mempamerkan sokongan anda untuk pemain skuad Singa dalam kelayakan terakhir Piala Asia 2027
Cipta kelainan di Stadium Negara dengan warna merah. Itulah seruan kepada peminat bola sepak negara ketika pemain Singa bersedia untuk memulakan perlawanan kelayakan terakhir Kumpulan C Piala Asia 2027 anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 31 Mac nanti.
Setelah berjaya dan mendapat tempat di kejohanan di Arab Saudi, pasukan kebangsaan Singapura akan berentap dan melawan pasukan Bangladesh.
Ini merupakan kali pertama pemain Singa layak ke Piala Asia melalui pencapaian merit sendiri. Penampilan mereka sebelum ini hanyalah pada 1984, sebagai tuan rumah.
Bagi meraikan pencapaian pasukan dan memeriahkan suasana, pelbagai barangan rasmi pemain Singa kini dijual di Shopee dan akan tersedia di beberapa tempat yang terpilih.
Barangan ini juga boleh didapati di Kallang Wave Mall mulai 27 hingga 31 Mac serta pada hari perlawanan di Stadium Negara.
Kemeja untuk peminat ditawarkan dalam dua rekaan menarik – Classic Crest dan Roar & Rise – manakala topi serta tempat kunci misteri melengkapkan koleksi istimewa ini. Semua produk ini menampilkan slogan “Roar Together. Rise Together”, simbolik usaha penganjur menyatukan penyokong dalam satu semangat juang untuk perlawanan.
Sorakan untuk pemain Singa
Selain memakai warna rasmi, peminat juga digalakkan menyuarakan sokongan mereka secara dalam talian sebelum Kallang Roar kembali bergema di stadium.
Penyokong boleh menyertai Roar Challenge di TikTok dengan menggunakan penapis pengesan suara rasmi untuk merakam sorakan dan teriakan paling nyaring mereka. Video yang dimuat naik perlu menggunakan hashtag #FASRoarChallenge dan ajak rakan-rakan untuk turut serta.
Tiga peserta dengan sorokan markah tertinggi serta penyertaan paling kreatif akan memenangi sepasang tiket perlawanan.
Kempen ini juga akan mengunjungi ke kawasan-kawasan kejiranan.
Peminat boleh bertemu dengan pemain pilihan dalam siri jelajah di seluruh Singapura menjelang hari perlawanan, dengan pelbagai aktiviti bertemakan bola sepak dan program melibatkan komuniti dan akan diadakan di lokasi terpilih di kawasan kejiranan. Sesi jelajah ini akan berada di Our Tampines Hub dari 26 hingga 27 Februari, serta di Kelab Masyarakat Bishan dari 13 hingga 15 Mac.
Bermula dari 16 hingga 31 Mac, Kallang Wave Mall akan menjadi tuan rumah bagi pameran Through the Tunnel, yang menelusuri bab-bab penting dalam sejarah bola sepak Singapura, daripada “Dream Team” 1994 yang ikonik hingga skuad Singa di masa kini yang berjaya menempah tempat ke Piala Asia 2027. Pengunjung juga berpeluang mengikuti perkongsian kapten pasukan Hariss Harun dan ketua jurulatih Gavin Lee mengenai makna kempen ini kepada mereka.
Di penghujung pameran ini, peminat berpeluang meninggalkan tanda kenangan masing-masing. Sebuah dinding mesej disediakan untuk penyokong menulis kata-kata semangat dan sokongan, sebagai peringatan bahawa gegaran sorakan tidak bermula di atas padang, tetapi di tempat duduk penonton.
Pengunjung dipelawa untuk menyertai permainan bertemakan bola sepak dan aktiviti mesra keluarga, manakala gerai barangan rasmi akan beroperasi di Kallang Wave Mall bermula dari 28 hingga 31 Mac.
Bagi peminat bola sepak Daryl Eng, yang menyaksikan pemain Singa menewaskan Hong Kong 2-1 tahun lalu secara langsung, pameran ini merupakan cara untuk “merayakan pencapaian pemain-pemain kita”.
“Melihat pemain-pemain kita dan mengetahui bahawa mereka bekerja keras untuk sampai ke tahap ini, membuatkan saya berasa bangga,” kata peminat berusia 28 tahun itu. “Bukan hanya gol Ilhan Fandi di Hong Kong, tetapi juga sumbangan pemain terdahulu yang membawa kepada kelayakan untuk Piala 2027.”
Perjalanan menuju ke Kallang
Walaupun Singapura sudah mengesahkan tempat di kejohanan 2027, perlawanan menentang Bangladesh ini tetap penting.
Prestasi yang cemerlang membolehkan pemain Singa menamatkan kempen kelayakan dengan penuh kejayaan dan mengekalkan momentum kejohanan bagi perlawanan di Arab Saudi.
Yang lebih penting, ia memberi peluang untuk berhubung kembali dengan penyokong di Stadium Negara, di mana detik-detik gemilang - dari era Piala Malaysia hingga kejayaan Piala Tiger 2005 di bumi sendiri – dibina dengan sokongan padu dari peminat.
SEKILAS
Perlawanan Singapura vs Bangladesh
BILA: 31 Mac 2026
TEMPAT: Stadium Negara
WAKTU: Bermula pada 8 malam
Di hari perlawanan, peminat digalakkan hadir lebih awal. Zon peminat yang dipilih akan menampilkan:
- Pelekat/tatu sembur sementara (airbrush tattoos)
- Seni belon
- Dinding foto
- Cetakan nama pada jersi secara langsung disediakan
Tiket perlawanan Singapura vs Bangladesh boleh didapati melalui premier.ticketek.com.sg dan laman Fas.org.sg, atau di Kaunter Kallang pada hari perlawanan, tertakluk kepada ketersediaan. Penyokong yang belum mendapatkan tempat duduk boleh menikmati diskaun 15 peratus dengan menggunakan kod promosi “LIONS15OFF” semasa membuat pembayaran di Ticketek.
Rencana ini dibawakan oleh

