Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wartawan AFP rancang mogok disebabkan isu pekerjaan di luar Perancis

Jun 6, 2024 | 3:56 PM
Mogok kerja tersebut dirancang selepas status satu laporan berita AFP di Brussels ditukar daripada kontrak “ibu pejabat” kepada kontrak “tempatan”, yang memberi faedah perumahan dan sosial berkurangan.
Mogok kerja tersebut dirancang selepas status satu laporan berita AFP di Brussels ditukar daripada kontrak “ibu pejabat” kepada kontrak “tempatan”, yang memberi faedah perumahan dan sosial berkurangan. - Foto AFP

PARIS (Perancis): Wartawan di agensi berita Perancis, Agence France-Presse (AFP), akan mengadakan mogok mulai 4 petang ini waktu Singapura (6 Jun) selama 24 jam bagi membantah perubahan yang mungkin dilaksanakan terhadap status wartawan agensi itu yang bekerja di luar Perancis.

Gerakan tersebut akan menjejas, terutamanya liputan berita utama AFP dalam bahasa Perancis, yang ketika ini padat dengan berita domestik penting.

Liputan berita utama yang mungkin terjejas akibat mogok tersebut termasuk acara memperingati tahun ke-80 Pendaratan Normandy yang juga dikenali sebagai D-Day, pilihan raya Kesatuan Eropah (EU), dan penampilan Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, di kaca televisyen.

Kesatuan sekerja dalam AFP menggesa mogok tersebut diadakan selepas status satu laporan berita AFP di Brussels ditukar daripada kontrak “ibu pejabat” kepada kontrak “tempatan”, yang memberi faedah perumahan dan sosial lebih rendah.

Kesatuan sekerja tersebut melihat perubahan itu sebagai sebahagian langkah untuk mengurangkan bilangan laporan berita “berstatus ibu pejabat” dalam agensi berita itu, yang beroperasi di 150 negara.

“Kakitangan (AFP) menuntut supaya tahap ketika ini dikekalkan, iaitu 151 jawatan daripada rangkaian (wartawan) ekspatriat diberi ‘status ibu pejabat’ dalam semua bahasa,” menurut satu usul yang disokong oleh kakitangan AFP pada 3 Jun.

Pihak pengurusan AFP menyatakan ia komited mengekalkan rangkaian wartawan ekspatriat di seluruh dunia.

Bagaimanapun, cukai dan ‘bayaran sosial’ yang terus meningkat di seluruh dunia telah meningkatkan kos mengekalkan rangkaian wartawan ekspatriat. Oleh itu, pembaharuan diperlukan untuk menjadikan sistemnya “lebih adil dan pelbagai”, katanya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg