Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Wartawan BH cemerlang di Majlis Anugerah Tahunan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wartawan BH cemerlang di Majlis Anugerah Tahunan

Mar 19, 2024 | 05:30 AM



Selepas Covid-19 berlalu, hartanah di Johor Bahru mendapat perhatian ramai memandangkan ia sudah terbiar sekian lama.

Koresponden Berita Harian (BH), Cik Irma Kamarudin dan Cik Siti Aisyah Nordin, kedua-duanya 32 tahun, menemui rumah yang ditinggalkan selama dua tahun di situ lalu cuba menyelongkar lebih lanjut mengenai nasib warga Singapura yang memiliki hartanah di seberang Tambak.


Hasil kerja keras mereka itu, laporan tersebut berjaya muncul sebagai antara pemenang Anugerah Khas Kecemerlangan dalam majlis, Anugerah Tahunan Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil (EMTM) SPH Media Trust pada 18 Mac.

“Laporan ini merupakan satu pengalaman yang membuka mata kerana kami perlu pergi dari rumah ke rumah di Johor, menyaksikan kesan Covid-19 ke atas kediaman milik warga Singapura menjadi usang akibat terbiar selama lebih dua tahun disebabkan pandemik,” kongsi Cik Irma yang sudah 12 tahun bertugas di bilik berita.

Cik Siti Aisyah yang mempunyai sembilan tahun pengalaman sebagai wartawan menambah: “Namun kami gembira laporan ini dapat diterbitkan, dan pengalaman keluarga yang kami temu ramah dapat dikongsi dengan orang lain.”

Di samping kemenangan tersebut pada 2024, bilik berita Berita Harian (BH) turut menyaksikan wartawannya menerima beberapa pencalonan lain dalam anugerah tahunan khusus untuk mengiktraf pencapaian wartawan dari bilik berita media Inggeris, Melayu dan Tamil (EMTM) itu.


Wartawan BH, Encik Muhammad Muhaimin Suzaini, 28 tahun, yang memenangani anugerah tertinggi, Anugerah Berita Terbaik, turut dicalonkan bagi satu lagi kategori iaitu, anugerah Wartawan Muda Terbaik.

“Saya tidak mengharapkan untuk memenangi anugerah ini (Wartawan Muda Terbaik).

“Untuk dinobat sebagai calon itu sendiri adalah satu pencapaian yang besar, kerana kita berhadapan dengan penulis lain yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

“Memang bagus jika menang tetapi setakat dicalonkan juga merupakan satu penghormatan yang besar,” kata Encik Muhammad Muhaimin yang baru mula bertugas lebih setahun lalu.

Sementara itu, Koresponden Kanan BH, Cik Haryani Ismail, 50 tahun, turut dicalonkan bagi ketegori, Wartawan Terbaik.

“Kalah atau menang bukan soalnya. Saya bersyukur pada bulan mulia ini dicalonkan bersama dua wartawan lain yang berkaliber, Encik David Sun dari The Straits Times (ST) dan Cik Wong Pei Ting dari The Business Times (BT),” kata beliau.


“Bidang ini istimewa sebab ia bukan sahaja satu amanah malah wadah memperkasa orang lain menerusi cerita-cerita yang kita paparkan untuk pembaca,” ujar koresponden berpengalaman itu yang berkecimpung sebagai wartawan BH selama 29 tahun yang cenderung menulis dalam gaya hidup dan hiburan.

Namun, beliau menambah, pencalonon itu akan lebih bermakna seandainya ibu beliau masih ada kerana ibunya itulah yang merupakan tonggak sokongannya. Ibunya meninggal dunia 11 bulan lalu.

“Antara doa terakhir beliau ialah agar saya mendapat pengiktirafan dalam kerjaya yang sudah menjadi nyala rasa dan kaedah saya menyumbang kepada masyarakat,” kongsi Cik Haryani.

Koresponden BH, Encik Anwar Saleh, 35 tahun, bersama Wartawan Foto BH, Encik Shafiq Apandi, 25 tahun, memenangi Anugerah Kecemerlangan bagi liputan mereka di Gaza, ‘Kehidupan pelarian Gaza di Mesir dan bantuan kemanusiaan Singapura ke Gaza’.

Encik Anwar berkata: “Secara terus terang saya tidak sangka untuk menang, apabila kami diberikan misi untuk pergi ke Kahirah, Mesir, fikiran saya adalah untuk memastikan kami dapat membuat liputan berita supaya rakyat Singapura dapat melihat usaha yang telah disalurkan untuk membantu warga Gaza.”

Beliau turut berbesar hati usahanya diiktiraf oleh EMTM.

“Ini menjadi peringatan bahawa cerita kami mendatangkan kesan kepada masyarakat dan adalah penting untuk memastikan pembaca mengetahui tentang situasi sebegini,” kata Encik Shafiq.

Seramai 21 wartawan BH turut menerima Anugerah Kecemerlangan untuk liputan Pilihan Raya Presiden 2023 mereka.

Mereka menyifatkan anugerah itu sebagai satu tanda pengiktirafan bagi usaha mereka.

Ia sekali gus menjadi sumber motivasi bagi mereka memperbaiki prestasi dalam melaksanakan amanah mereka dengan mengetengahkan pelbagai berita khusus untuk masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >