Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wartawan BH ziarah guna bas awam

Aug 22, 2023 | 5:30 AM
INDAH SUNGGUH: Demikian pemandangan pada 6 pagi dari pintu masuk Raja Abdulaziz di Masjidil Haram. Menara jam Abraj Al Bait ini adalah yang tertinggi di dunia.
INDAH SUNGGUH: Demikian pemandangan pada 6 pagi dari pintu masuk Raja Abdulaziz di Masjidil Haram. Menara jam Abraj Al Bait ini adalah yang tertinggi di dunia. - Foto BH

HARI KEEMPAT 20 OGOS

[MAKKAH, 9.25 malam] Saya mencabar diri untuk ke tempat-tempat ziarah menggunakan pengangkutan awam pada hari ini.

Tempat pertama yang saya ziarahi ialah Masjid Ju’ranah, yang juga merupakan salah satu tempat miqat (tempat menjatuhkan niat umrah). 

TERSERGAM INDAH: Masjid Ju’ranah tidak begitu penuh apabila dilawati wartawan BH pada 20 Ogos.
TERSERGAM INDAH: Masjid Ju’ranah tidak begitu penuh apabila dilawati wartawan BH pada 20 Ogos. - Foto BH

Saya mengikuti Google Maps untuk ke Stesen Bas Makkah. Perlu jalan sedikit dari Masjidil Haram selama lebih kurang 15 minit. Ada tiga bas yang berlepas dari stesen itu – nombor 10, 8 dan 4. Saya naik bas nombor 10 yang tamat di Ju’ranah. Ada beberapa jemaah berihram yang turut menaiki bas itu.

Bas selesa dan mempunyai hawa dingin kuat. Paling istimewa, tiada tambang dikenakan. Percuma. Alhamdulillah. Tapi perjalanan makan masa sekitar 1 jam, bergantung pada trafik. Jadi kalau ulang-alik, dah dua jam habis di jalan raya.

BERSIH DAN SELESA: Bas yang dinaiki wartawan Muhaimin Suzaini tidak mengenakan tambang, tetapi tetap selesa dan bersih.
BERSIH DAN SELESA: Bas yang dinaiki wartawan Muhaimin Suzaini tidak mengenakan tambang, tetapi tetap selesa dan bersih. - Foto BH

Ada juga bas nombor 12 yang pergi ke Tanaeem, satu lagi tempat jatuhkan niat. Tapi ia tidak berhenti atau melalui Stesen Bas Makkah. Boleh semak laman makkahtransit untuk maklumat lanjut.

RAMAI JEMAAH: Suasana di kawasan sekitar Masjidil Haram sibuk dan ramai orang dari pelbagai negara boleh dilihat.
RAMAI JEMAAH: Suasana di kawasan sekitar Masjidil Haram sibuk dan ramai orang dari pelbagai negara boleh dilihat. - Foto BH

Menyusuli itu, saya bercadang untuk lihat kawasan-kawasan manasik haji, tapi sayangnya pengangkutan awam yang pergi ke tempat-tempat itu – khususnya Mina, Muzdalifah dan Arafah – hanya beroperasi semasa tempoh haji. Jadi nak tak nak, saya kenalah naik Uber dari Stesen Bas Makkah sekembali dari Ju’ranah. Ia mengambil masa 20 minit untuk ke Masjid Namirah, terletak di Arafah. Semasa saya sampai pada 5 petang, ia tidak dibuka.

Esok saya dan Izwandi rancang untuk kembara berjalan kaki dan mendaki Gua Hira. Itu pun kalau keadaan dan cuaca mengizinkan. Okay kami rehat. – MZ

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg