Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wawancara liputi pelbagai isu, dari ehwal luar ke jaringan keselamatan, politik hingga sumbangan masyarakat Melayu/Islam

May 11, 2024 | 5:30 AM
Wawancara lebih dua jam dalam bahasa Inggeris bersama Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong (kiri) itu melibatkan empat karyawan media (dari kiri) Editor Berita (Berita Harian), Encik Hadi Saparin; Koresponden Politik Kanan (The Straits Times), Cik Tham Yuen-C; Penyampai (Channel News Asia), Cik Dawn Tan; dan Penerbit (Berita Tamil dan Ehwal Semasa, Mediacorp), Cik Melissa Manuel.
Wawancara lebih dua jam dalam bahasa Inggeris bersama Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong (kiri) itu melibatkan empat karyawan media (dari kiri) Editor Berita (Berita Harian), Encik Hadi Saparin; Koresponden Politik Kanan (The Straits Times), Cik Tham Yuen-C; Penyampai (Channel News Asia), Cik Dawn Tan; dan Penerbit (Berita Tamil dan Ehwal Semasa, Mediacorp), Cik Melissa Manuel. - Foto ST

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengadakan dua sesi wawancara dengan media setempat – yang pertama dalam bahasa Inggeris dan kedua dalam bahasa Mandarin.

Wawancara itu diadakan menjelang peralihan pucuk pimpinan Singapura pada 15 Mei, apabila Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dalam satu majlis di Istana.

Peralihan pucuk pimpinan itu merupakan yang keempat bagi Singapura, dengan Encik Wong, 51 tahun, sebagai peneraju Pemimpin Generasi Keempat (4G) negara.

Encik Lee, 72 tahun, telah menyandang jawatan Perdana Menteri selama 20 tahun, sejak 12 Ogos 2004. Secara keseluruhan, beliau telah berkecimpung dalam arena politik selama empat dekad. Dengan penyerahan tampuk pimpinan kepada Encik Wong kelak, Encik Lee akan memegang jawatan selaku Menteri Kanan dalam Kabinet baru.

Wawancara lebih dua jam itu melibatkan empat karyawan media – Editor Berita (Berita Harian), Encik Nazri Hadi Saparin; Koresponden Politik Kanan (The Straits Times), Cik Tham Yuen-C; Penyampai (Channel News Asia), Cik Dawn Tan; dan Penerbit (Berita Tamil dan Ehwal Semasa, Mediacorp), Cik Melissa Manuel.

Sesi yang diadakan dalam bahasa Inggeris itu meliputi pelbagai topik termasuk ehwal luar, ekonomi, perpaduan rakyat termasuk sumbangan masyarakat Melayu/Islam, jaringan keselamatan dan politik yang baik. Ikuti laporan wawancara dengan Encik Lee di empat halaman berikut.

Halaman 8 - 9

  1. Singapura dihormati di mata dunia, perlu terus perjuang kepentingan negara
  2. Harungi masa sukar bersama, kukuhkan identiti warga S’pura
  3. Walau ekonomi berubah, peluang tetap ada bagi golongan muda, warga emas di S’pura

Halaman 10 - 11

  1. Pemerintah sebagai penjaga, pengimbang jaringan keselamatan sosial
  2. PAP telah banyak berubah tapi komitmen pada rakyat tidak pernah pudar
  3. ‘Perpaduan S’pura lebih kukuh sebahagian besar kerana masyarakat Melayu/Islam’

Tonton video penuh wawancara di laman www.BH.sg dan di saluran YouTube Berita Harian Singapura, atau imbas kod QR berikut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg