Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yayasan DBS salur $9j dalam kerjasama dengan SUSS bantu warga emas

Dec 1, 2025 | 3:06 PM
DBS, SUSS, kerjasama, warga emas
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (duduk, dua dari kiri), beramah mesra dengan Presiden Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Tan Tai Yong (duduk, kiri), semasa lawatan beliau ke institusi tersebut. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada kerjasama baru antara SUSS dengan Yayasan DBS dalam mempertingkatkan program demi mencegah kemerosotan kognitif dalam kalangan warga emas di Asia. - Foto DBS

Yayasan DBS telah memeterai kerjasama dengan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) untuk mempertingkat dan memperluaskan program yang bertujuan mencegah atau melambatkan kemerosotan kognitif dalam kalangan warga emas di Asia.

Yayasan tersebut telah memperuntukkan $9 juta bagi membiayai kerjasama selama empat tahun itu, yang bakal merangkumi peluasan program kepada 11,500 warga emas di rantau ini, serta pembangunan sebuah hab bagi menyokong latihan dan penyelidikan.

Dalam satu kenyataan media pada 30 November, Yayasan DBS berkata program tersebut akan diperkenalkan secara berperingkat di pasaran utama termasuk Singapura, Hong Kong, China, Taiwan, Indonesia dan India.

Di setiap pasaran, Yayasan DBS dan SUSS akan bekerjasama dengan rakan masyarakat seperti pertubuhan bukan mencari untung (NGO), pusat penuaan aktif (AAC) dan sektor penjagaan warga emas untuk menyediakan bimbingan kepada warga emas.

Mereka juga akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi bagi menggerakkan penyelidikan, lapor The Business Times (BT).

Ini merupakan program masyarakat serantau pertama bagi Yayasan DBS.

Setakat ini, program tersebut telah diperkenalkan di Singapura, Hong Kong dan Taiwan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg