Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yayasan ikrar $350,000 tubuh dana pendidikan bagi kanak-kanak hidap barah

Endowmen oleh Yayasan S.M Jaleel bertujuan sokong lebih 470 kanak-kanak sepanjang 13 tahun
Oct 28, 2024 | 7:47 PM
Pengasas Yayasan S.M Jaleel, Encik Mohamed Abdul Jaleel (kanan), menyerahkan cek berjumlah $350,000 kepada pengerusi Yayasan Barah Kanak-kanak (CCF), Dr Kevin Tay, dalam satu majlis penyerahan cek pada 18 Oktober di ibu pejabat Yayasan S.M. Jaleel di Lower Delta Road sempena penubuhan Dana Pendidikan S.M. Jaleel-CCF.
Pengasas Yayasan S.M Jaleel, Encik Mohamed Abdul Jaleel (kanan), menyerahkan cek berjumlah $350,000 kepada pengerusi Yayasan Barah Kanak-kanak (CCF), Dr Kevin Tay, dalam satu majlis penyerahan cek pada 18 Oktober di ibu pejabat Yayasan S.M. Jaleel di Lower Delta Road sempena penubuhan Dana Pendidikan S.M. Jaleel-CCF. - Foto CCF

Yayasan S.M. Jaleel telah mengikrarkan endowmen berjumlah $350,000 bagi penubuhan Dana Pendidikan S.M. Jaleel – Yayasan Barah Kanak-kanak (CCF) untuk menyokong kanak-kanak mengatasi barah.

Penubuhan dana pendidikan itu adalah sebagai usaha yayasan tersebut merapatkan jurang bagi kanak-kanak daripada sekitaran dengan sumber terhad, kata CCF dalam satu kenyataan pada 18 Oktober.

Yayasan tersebut adalah badan amal yang memberi dermasiswa kepada pelajar di sekolah tempatan dan melalui pertubuhan seperti Mendaki.

Menurut CCF, pulangan yang dijana daripada endowmen bagi enam tahun pertama akan membentuk dermasiswa menyokong sehingga 20 kanak-kanak setiap tahun.

Dana sedemikian, kata CCF lagi, akan memastikan kanak-kanak yang terjejas dengan barah mendapat sokongan kewangan yang diperlukan bagi meneruskan pendidikan mereka.

Secara keseluruhan, endowmen tersebut bertujuan menyokong lebih 470 kanak-kanak sepanjang 13 tahun seterusnya.

Penubuhan dana tersebut dirasmikan dalam satu majlis pemberian cek pada 18 Oktober, yang diserahkan oleh pengasas yayasan tersebut, Encik Mohamed Abdul Jaleel, kepada pengerusi CCF, Dr Kevin Tay, di ibu pejabat Yayasan S.M. Jaleel di Lower Delta Road.

Encik Jaleel berkata: “Kami percaya bahawa pendidikan merupakan asas bagi masa hadapan lebih cerah.

“Melalui endowmen ini, kami komited bagi memastikan tidak ada kanak-kanak yang pendidikan mereka terjejas dek penyakit mereka.

“Adalah menjadi harapan kami bahawa setiap kanak-kanak, tanpa mengambil kira keadaan mereka, dapat mencapai potensi mereka sepenuhnya dan berkembang maju.”

Dr Tay pula menjelaskan bahawa pihaknya menghargai yayasan tersebut atas “kemurahan hati dan komitmen terhadap pendidikan”.

“Endownmen ini bukan sahaja memperkasa program kami, malah mentransformasikan kehidupan kanak-kanak yang kami berikan khidmat,” kata beliau.

Ini bukanlah kali pertama Encik Jaleel telah memberi sumbangan dalam jumlah besar kepada badan-badan.

Pada Oktober 2021, beliau membantu pelajar memerlukan dengan sumbangan $500,000 kepada Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF), yang membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Antaranya, STSPMF memberi mereka wang bulanan bagi perbelanjaan sekolah, termasuk makanan dan tambang pengangkutan.

Encik Jaleel, pengasas dan Ketua Eksekutif Mini Environment Service (MES) Group – syarikat penyelesaian hartanah dan logistik – telah menyumbang $5 juta kepada dana tersebut sejak 2010, lapor ST.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg