Ye Kung lawat China, tinjau teknologi AI dalam jagaan kesihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ye Kung lawat China, tinjau teknologi AI dalam jagaan kesihatan

Jan 25, 2026 | 7:17 PM

Ye Kung lawat China, tinjau teknologi AI dalam jagaan kesihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, Ong Ye Kung, visit, China, MOH, technology, artificial intelligence, healthcare
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung akan melakukan lawatan kerja ke China dari 25 hingga 30 Januari. - Foto ZAOBAO

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, akan melakukan lawatan kerja ke China dari 25 hingga 30 Januari, untuk meneroka penggunaan teknologi dalam sektor penjagaan kesihatan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 25 Januari, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata Encik Ong akan melawat bandar Hangzhou, Shanghai dan Shenzhen semasa lawatan enam hari itu.

Encik Ong, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, akan diiringi pegawai kanan kementerian.

Jadual beliau di sana merangkumi lawatan ke beberapa institusi penjagaan kesihatan awam dan swasta serta rakan kongsi teknologi mereka.

Menurut MOH, tujuan lawatan tersebut adalah untuk memahami bagaimana institusi berkenaan memanfaatkan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

Ini khususnya dalam usaha meningkatkan operasi penjagaan kesihatan, termasuk jagaan pencegahan serta jarak jauh.

Encik Ong sebelum ini telah menyatakan bahawa penjagaan pencegahan, kesihatan penduduk dan pengurusan penyakit kronik yang lebih baik adalah teras strategi penjagaan kesihatan Singapura.

Lawatan itu juga sejajar dengan pendekatan Singapura yang kini memberi tumpuan kepada peralihan daripada rawatan reaktif kepada pengurusan kesihatan proaktif sepanjang hayat melalui inisiatif SG Lebih Sihat.

Inisiatif itu menekankan hubungan jangka panjang antara doktor dengan pesakit, pemeriksaan berkala, vaksinasi dan penyesuaian gaya hidup bagi mengurangkan beban penyakit serta menggalakkan penuaan yang sihat.

Selain itu, pemerintah turut melabur dalam penjagaan pencegahan prediktif menerusi perubatan jitu, atau precision medicine, seperti ujian genetik dan diagnostik lanjutan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg